PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

28 Jun 2009

Gotong royong

KUALA NERUS: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus telah berjaya menganjurkan program gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan di Kampung Batin, Seberang Takir dekat sini Jumaat lalu.

Program yang bermula awal pagi itu disertai oleh para penduduk kampung terutamanya para pemuda. Turut sama menjayakan program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Program tersebut juga turut disertai oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Selaku Pengarah MTD, Zakaria melahirkan rasa terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan yang telah memilih DUN dan kampung ini sebagai lokasi program kali ini.


"MTD Seberang Takir sangat berbesar hati atas inisiatif yang diambil oleh Dewan Pemuda dalam program yang berbentuk kemasyarakatan ini," ujar beliau.


Beliau juga mengharapkan agar program seumpama ini akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi dengan penyertaan dan penglibatan yang lebih menyeluruh dari anggota masyarakat setempat.


Ikatan ukhuwwah jelas terjalin dari program yang diadakan itu, apabila masing-masing berganding bahu, sama ada tua atau muda dalam melakukan kerja-kerja berkenaan.

Tiada ulasan: