PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

30 Jun 2009

Mungkinkah ada kesan negatif dari Projek e-Book?

“Kerajaan memperkenalkan e-Book dari peringkat bawah untuk melakukan anjakan paradigma dan mengubah landskap pendidikan negeri dengan memberi lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT). Ia termasuk usaha melahirkan rakyat pencipta teknologi dan bukan hanya pengguna teknologi.”

Petikan di atas adalah sedutan ucapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dalam satu sidang media selepas menyerah e-Book kepada murid-murid Tahun Lima di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Terengganu menjadi negeri pertama mempelopori projek ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta setahun. Pada tahun ini sejumlah 23,000 murid Tahun Lima di negeri ini menerima e-Book secara berperingkat yang dijangka selesai pengagihannya hingga hujung bulan Julai ini.

Menteri Besar juga berharap penggunaan e-Book dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, termasuk menyelesaikan masalah beban membawa buku teks yang berat di samping menggunakan maklumat tambahan yang ada dalam e-Book seperti membaca 30 juzuk ayat al-Quran dan solat jenazah.


Projek ini dilihat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat pada hari ini.


Kalau dinilai dari segi objektif dan harapan besar dari kerajaan negeri itu, ia adalah sesuatu yang sangat baik. Perkara yang baik memang kita sokong, apatah lagi ia membawa manfaat langsung kepada rakyat.


Kita percaya bahawa projek yang besar sebegini dilaksanakan hasil kajian yang mendalam, bukan sekadar untuk memberi projek kepada kroni-kroni sebagaimana yang pernah terjadi dalam banyak projek-projek kerajaan yang akhirnya tidak ke mana.


Umum sudah mengetahui bahawa banyak dari projek-projek kerajaan yang melibatkan beberapa kementerian sengaja 'direka' semata-mata untuk mengenyangkan beberapa pihak yang berkepentingan.


Pandangan ini bukan dibuat berdasarkan prejudis, tetapi telah terbukti dari projek-projek yang terdahulu. Misalnya penguatkuasaan kotak hitam dan lampu amaran had laju pada kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres. Ia hilang begitu sahaja, sedangkan dalam masa yang sama syarikat yang mengeluarkan alat itu berjaya mengaut keuntungan yang besar.


Begitu juga pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sudah berjaya memberi keuntungan yang besar kepada syarikat kroni yang membekalkan peralatan yang berkaitan, sedangkan ia memberi kesan yang rata-ratanya menilai sebagai negatif dan ditentang hebat oleh rakyat termasuk para sasterawan.


Dalam tempoh baru beberapa minggu murid-murid Tahun Lima menerima e-Book ini, sudah kedengaran ia membawa beberapa kesan negatif. Sudah ada guru yang bersungut ketika mengajar melalui kaedah penggunaan e-Book ini, ada sebahagian murid tidak memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran dari guru, kerana asyik mendengar lagu-lagu yang dimasukkan ke dalam e-Book itu.


Murid-murid hari lebih advance dalam penggunaan ICT. Rata-rata mereka sudah lama terdedah dengan ICT, sama ada melalui rumah-rumah mereka sendiri atau kafe siber yang ada di merata tempat sampai ke kampung-kampung. Mungkin ada di antara mereka yang jauh lebih ke hadapan dari guru-guru mereka sendiri. Mereka begitu cepat belajar dan mengkaji serta mencari sesuatu dari ICT itu.


Tanpa kawalan yang rapi, kita bimbang akan timbul nanti gejala-gejala yang negatif dari penggunaan e-Book yang sudah menjadi milik kekal murid-murid berkenaan. Walaupun penggunaannya mungkin terhad, tidak seperti komputer riba biasa, tetapi murid-murid yang bijak ini pasti akan mencari kaedah-kaedah atau teknik-teknik tertentu untuk mencapai hasrat negatif mereka.


Pihak yang bertanggungjawab sewajarnya membuat suatu kaedah kawalan yang berkesan agar perkara-perkara negatif yang mungkin dicipta oleh 'murid-murid nakal' itu akhirnya akan merebak dengan luas yang membawa kesan yang lebih parah.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

watpe pas tak buat dulu? ni asyik bahan balak... pikir nak bangun negeri dok reti.. politik 24 jam.. ceramah ceramah ceramah.. kalau orang buat tadok hat positif.. negetif sokmo... tengok zaman PAS merintah dulu gak.. SERIK DOH WEH.....

Awang Di berkata...

Dia rompak wang rayalti minyak hak negeri Terengganu, lepas tu dia kata PAS dok leh wat projek mende. Pikir gok molek guna otak hok Allah beri. Kalu betul PAS baham balak, bak pe tadok sorang pun pemimpin PAS hok kena takap di BPR (SPRM sekarang)? Kalu ada sungguh, dulu agi BPR cari...

Anak Batin berkata...

Tanpa Nama faham tak apa yg dibaca dari posting di atas? Betulatau tidak apa yang disebut dalam posting itu? Cuba baca dan faham betul-betul, jangan pakai hentam ikut perasaan sahaja. Malu ke orang je! Baik tak payah masuk ke sini, buat dosa kering je!

adi berkata...

assalamualaikum Ustaz..

menurut cikgu fauzi (mampat), e-book tersebut wifi enable..

amber bimbang e-book tersebut disalahgunakan untuk surf benda-benda yang tak baik.

Tanpa Nama berkata...

watpelah nak mikir hak negetif sokmo... pikirlah hok positif atek.. jangan beku otak tu... kita ni jadi mak ayah kn?

Awang Di berkata...

Cuba lihat di sini: http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=679:masalah-mula-timbul-lima-pelajar-salah-guna-e-book-muat-turun-lagu-michael-jackson&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

Unknown berkata...

Penggunaan Teknologi memang memerlukan pengawasan yang teliti tanpanya kerosakan akan berlaku. peranan ibu bapa dan didikan yang baik bermula dirumah dan pemantauan yang berterusan akan melahirkan modal insan yang berhemah. Daripada dok persoal sape kenyang sape lapar baik lah kita mula berfikir setiap cabaran yang dibentangkan oleh Allah bagaimana kita mengambil tanggungjawab bersama bukan saling menyalah dan mecurigai diantaran satu sama lain

Tanpa Nama berkata...

tau... ni pandai beranak je.. anak macam keretapi... jaga dok pandai..

Naseh Ulwan berkata...

orang yang bodoh tdk perlu dilayan..
nanti kita akan terpalit sama..

Tanpa Nama berkata...

SAPE BODOH? ORANG PAS KE BODOH?

Tanpa Nama berkata...

saya rasa budak sekolah saya tak bimbang.. yang saya bimbang dalam tepon puak puak PAS ni... depan orang warak kalahkan malaikat.. belakang.. fuh... penuh barang dalam tepon... cuba try chek...

Joo berkata...

Joo>>>Tanpa Nama
Awak kaki ragut h.set orang lah ye,
tau je dalam h.set orang ada apa.
Spesies toyol jugak awak ye.
Aik elleh

Poziabb berkata...

hohoho...baru tau di sini tempat orang berkonflik menyalahkan antara satu sama lain rupanya, ingatkan tempat orang berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati...rasa2nya la, admin publishkan blog ni untuk tujuan yg bermanafaat, so..jgn la jadikan blog ni tempat beradu dengan tidak beretika...jaga la akhlak kita sebagai seorang Muslim!