PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

02 Jun 2009

Runtuhnya kebanggaan BN

Semasa Terengganu di bawah Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, antara kebanggaan mereka ialah JUSA (iaitu Jalanraya/Lebuhraya, Universiti, Stadium dan Airport). Billboard atau papan tanda gergasi terpampang di mana-mana dengan slogan-slogan seperti "Nak Lebuhraya? Nak Universiti? Nak Stadium? Nak Lapangan Terbang?" Itulah projek mega yang sangat dibanggakan oleh kerajaan BN.

Hari ini pada kira-kira jam 9.00 pagi, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan-Nya apabila meruntuh dan meranapkan salah satu dari kebanggaan manusia itu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu setelah kira-kira setahun ia digunakan.

Stadium tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Ia menelan belanja RM270 juta dan telah digunakan buat kali pertamanya bagi program Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 yang bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008.

Sebenarnya memang menjadi bualan orang, termasuk pihak yang bertanggungjawab dengan stadium itu sendiri bahawa ia tidak selamat untuk digunakan. Ada sebahagian mereka begitu berhati-hati ketika berada di stadium itu dengan memilih tempat duduk yang difikirkan agak 'selamat' sedikit.


Hari ini kekhuatiran itu telah terbukti apabila bumbungnya runtuh yang mengakibatkan sebuah kereta Kancil dan 4 buah motosikal rosak dan tertimbus. Kerosakannya dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil.


Sejak selepas perasmian lagi ia telah mengalami kerosakan dan terpaksa dibaiki sehari selepas dirasmikan. Selepas itu, ada-ada sahaja pekerja duduk di bumbung untuk membaiki kerosakan yang berlaku. Sila rujuk posting saya terdahulu.

12 ulasan:

Luth Textile berkata...

dah benda nak runtuh, nak bt lagu mana..

inilah melayu incik, kalau dah rebah tu, bukannya nak tolong naikkannya, ni tak, lagi nak bg runtuh hancur berkecai adalah.

kedai buloh besor kali berkata...

Sejak saya di lahirkan di Terengganu hingga usia saya kini melebihi 40 tahun tidak pernah saya dengar bahawa 'rang ikan'yang diperbuat daripada buluh dengan teknologi tradisional orang-orang boleh runtuh dengan mudah.Rang ikan banyak didirikan disekitar Seberang Takir terutama di Hujung Tanjung.Walaupun ia seringkali disondol atau dihimpit oleh bot-bot nelayan yang besar(bot pukat kilat)semasa memunggah hasil tangkapan tetapi ia tetap kukuh dan utuh.Kalau tak silap saya kos mendirikan 'rang ikan'ini hanya disekitar 2-3 ribu ringgit sahaja tapi binaannya cukup stabil dan kukuh.Tetapi hari ini kita dikejutkan oleh berita sebuah stadium di Terengganu yang dibina dengan teknologi terkini yang canggih dan menelan belanja RM270 juta telah runtuh dalam usia setahunselepas ia dibina.(RM270 juta ini duit rakyat hoi!!!Bukan duit umno)Dari kejadian ini kita tertanya-tanya apa sebenarnya cerita disebalik semuanya ini.Siapakah yang bertanggung-jawab sepenuhnya keatas projek mega ini.Siapakah kontraktor yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini.Apakah bahan yang digunakan hingga menelan belanja yang cukup besar(RM270 juta duit rakyat tu hoi!!!Bukan duit umno) Guna batang pisang ke batang ubi kayu,satu tahun saja dah ranap.Inilah yang menjadi tanda tanya dalam fikiran orang-orang kampong seperti saya.
Wahai rakyat Terengganu,sudah-sudahlah janganlah kita diperbodoh-bodohkan oleh kerajaan BN yang sentiasa mencari peluang untuk membolot duit dan harta rakyat.Janganlah biarkan diri kita ditipu dari usia kanak-kanak hingga ke usia tua pun masih kena tipu lagi.Renong dan fikir-fikirkan lah gunalah akal fikiran yang ALLAH kurniakan kepada kita...

Tanpa Nama berkata...

kit semua kena percaya pada takdir allah... bayi yang baru lahir pun mati... allah tidak pandai mencipta ke?

Mat Jeng berkata...

Salam untuk Tanpa Nama......


1.Pendapat Jabariah
Golongan Jabariah berpendapat, bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha sama sekali dalam menentukan
nasibnya sama ada baik atau buruk, semuanya bergantung kepada takdir Allah semata-mata. Segala perbuatan manusia
itu adalah berlaku semata-mata dengan takdir Allah tanpa ada sebarang usaha.(Manusia diibaratkan debu yang
berterbangan ditiup angina kemana sahaja).


2Pendapat Qadariah
Qolongan Qadariah berpendapat, bahawa sesuatu yang berlaku pada manusia itu bukanlah ditentukan oleh takdir Allah,
tetapi daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri semata-mata. Ini bererti manusia bebas melakukan sesuatu dengan
usaha dan ikhtiarnya. Pendapat ini juga menafikan bahawa adanya hubungan perbuatan manusia dengan kekuasaan
Allah.


3.Pendapat Muktazilah.
Golongan ini pula berpendapat bahawa takdir Allah yang berlaku pada manusia itu hanya dalam kerja-kerja kebajikan
sahaja. Manakala kerja-kerja kejahatan adalah daripada ikhtiar usaha manusia itu sendiri. Dan mereka mengatakan wajib
bagi Allah memberi balasan yang baik kepada manusia yang menjunjung perintah Allah.

4.Pendapat Asy`ariah (Ahli Sunnah Wal Jama'ah)
Golongan Ahli Sunnah berpendapat, memang sebenarnya tiap-tiap suatu yang berlaku pada makhluk ini semuanya
ditakdirkan oleh Allah tetapi apa yang kita nampak pada lahirnya diusahakan oleh manusia dengan ikhtiarnya
berpandukan akal fikiran yang diberikan oleh Allah.

Yang mana satukah menjadi pilihan Tanpa Nama...

Tanpa Nama berkata...

buat mat jeng...
kita semua semua kena berpegang dengan ahli sunnah... tp orang pas saya x tahu...

wak berkata...

Kpd Tanpa Nama...
Saya terpanggil untuk mencelah sedikit apabila terbaca ulasan2 Tanpa Nama di atas.
Apahal nii Tanpa Nama...awak bercakap macam golongan Jabariah tapi mengaku Ahli Sunnah.Tak payahlah nak provoke dgn mengaitkan nama Pas dalam ulasan awak.Kalau tak faham tentang Qada' & Qadar , tentang takdir jangan gatal mulut nak bercakap. Duduk diam2. Bukak kitab tauhid pergi kemajlis ilmu dulu, baru bercakap.Jangan pakai hentam ikut sedap mulut saja...

Tanpa Nama berkata...

beginilah... air lau berkocak tu sohih tidak penuh.. lau penuh takkan berkocak... pikir pikirkanlah..

Tanpa Nama berkata...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Bahwa Rasulullah bersabda: Ketika seorang dari kalian memandang orang yang melebihi dirinya dalam harta dan anak, maka hendaklah ia juga memandang orang yang lebih rendah darinya, yaitu dari apa yang telah dilebihkan kepadanya. (Shahih Muslim No.5263)

Tanpa Nama berkata...

1. Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HR. Muslim)

2. Barangsiapa memanjangkan pakaiannya (sehingga menyeret di tanah) karena kesombongannya maka Allah tidak akan memandangnya kelak pada hari kiamat. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Keagungan adalah sarungKu dan kesombongan adalah pakaianKu. Barangsiapa merebutnya (dari Aku) maka Aku menyiksanya. (HR. Muslim)

4. Selagi orang berjalan dan merasa bangga dengan tutup kepala dan kedua baju rangkapnya maka tiba-tiba dia dibenamkan ke dalam tanah lalu dia bergelimang di dalam tanah sampai hari kiamat. (HR. Muslim)

5. Ada tiga perkara yang membinasakan yaitu hawa nafsu yang dituruti, kekikiran yang dipatuhi, dan seorang yang membanggakan dirinya sendiri. (HR. Ath-Thabrani dan Anas)

6. Barangsiapa membanggakan dirinya sendiri dan berjalan dengan angkuh maka dia akan menghadap Allah dan Allah murka kepadanya. (HR. Ahmad)

wak berkata...

"Tanpa Nama berkata...
beginilah... air lau berkocak tu sohih tidak penuh.. lau penuh takkan berkocak... pikir pikirkanlah.."

Dari catatan diatas maka fahamlah kita Tanpa Nama nak menggambarkan dirinya sebagai air yang penuh.
Wahai Tanpa Nama yang ilmunya penuh didada,cuba jelaskan kepada kita siapakah ulama jahat diakhir zaman yang menjadi fitnah kepada umat islam.Kita orang jahil nak tahu...

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka ... neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tanpa Nama berkata...

wak tu salah faham... maksud saya.. kebiasaannya orang yang alim jarang bercakap tapi buat.. orang macam kita ni jahil. memang suka bercakap.. buatnya tidak...