PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Ogos 2008

Selepas 3 bulan dirasmikan...


STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Seberang Takir, Kuala Terengganu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 iaitu kira-kira tiga bulan yang lalu.

Stadium yang memakan belanja RM270 juta telah digunakan buat kali pertamanya bagi program Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 yang bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008.

Dalam artikel lalu Perkara-perkara pelik di negeriku telah saya sebutkan bagaimana pada keesokan harinya (selepas perasmian dibuat pada malam sebelumnya), kelihatan para pekerja masih berada di atas bumbung stadium untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih banyak belum disiapkan, bahkan ia berterusan sehingga kepada saat-saat bermulanya penganjuran SUKMA.

Rupa-rupanya selepas habis SUKMA, masih ada lagi kerja yang belum selesai, terutama di bahagian bumbung. Kelihatan para pekerja masih lagi melakukan kerja-kerja (sama ada menyiapkan yang belum siap atau membaiki kerosakan) di atas bumbung stadium itu. Gambar di atas yang dirakamkan pada pagi ini menjelaskan perkara tersebut (cuba zoom in untuk melihat pekerja di atas bumbung).

Ibnu Gharib: Hai, apalah nak jadi negeriku ini...

Tiada ulasan: