PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

27 Jun 2009

Tugas menyambung perjuangan Rasulullah

KUALA NERUS: Lepasan pelajar Madrasah Darul-Taqwa adalah sebahagian dari orang yang bertanggungjawab mengambil tugas untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW. Inilah peranan yang besar yang mesti dilaksanakan oleh mereka yang telah mendapat didikan awal di madrasah itu yang telah ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Demikian ditegaskan oleh Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Malam Nostalgia PLPDT Bersama Perintis-Perintis Darul-Taqwa di sebuah restoran di sini malam tadi.

Dato' Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu turut menyebut tentang matlamat perjuangan Islam.


"Dari segi matlamat dekat atau jangka pendek, ialah untuk mewujudkan semula individu muslim," ujar beliau.


Kelemahan umat Islam kata beliau, bukan kerana bilangan mereka tidak ramai dan wang mereka tidak banyak, tetapi ialah disebabkan penyakit "al-wahn" yang disebut oleh Rasulullah SAW, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.


Tambah Dato' Harun lagi, "Matlamat jangka panjang pula ialah untuk merealisasikan firman Allah, (yang bermaksud): Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."


Beliau meminta supaya semua ahli-ahli PLPDT ini menjadi para pejuang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di samping membantu Darul-Taqwa.


Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Lepasan Pelajar Darul-Taqwa (PLPDT) itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Darul-Taqwa, Batu Enam.


Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Bendahari Dewan Ulama' PAS Pusat yang juga Pengerusi Darul-Fuqaha, Ustaz Mohamad Yaakob, Mudir Darul-Taqwa dan Ustaz Hazha Rajab, Naib Mudir Darul-Taqwa yang juga Penasihat PLPDT.


Presiden PLPDT, Ustaz Mohd Shahril Mohd Alim dalam ucapan aluannya di majlis itu telah memberikan gambaran sepintas lalu peranan yang rancangan-rancangan yang telah diatur oleh PLPDT bagi membantu pihak Darul-Taqwa.


Tetamu kehormat

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya 1 soalan... kenapa pemimpin2 PAS tidak hantar anak mereka belaja kat cini? anak ustaz mahmud sendiri pun tak dihantar belajar kat cni... dan saya rasa anak ustaz pun tak di hantar belajar kat cini.. semua hantar kat sekolah kerajaan.. Kenapa?

Cucu Dagang (CD) berkata...

>Tanpa Nama

Eh sedap mulut je dia kata. Kalau Tanpa Nama nak tahu, kelima-lima anak ustaz ni semuanya dihantar belajar di sekolah Darul Taqwa, start dari sulong sampai yang ke 5. Walaupun tidak sesenang orang lain, tapi besar harapan agar anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Jangan main tuduh je la! Siasat la dulu sebelum melemparkan tuduhan tu..

Golok bong berkata...

Tanpa Nama memang selalu bercakap pakai hentam ikut sedap mulut je. Sebab tu dia tak berani nak memperkenalkan diri.Takut mulut dia kena genyeh dengan lada jarum(cili api).

Tanpa Nama berkata...

Islam tu memanglah sempurna... tp saya tengok orang PAS jarang hat sempurnanya... pulak tu ikut telunjuk anwar dengan karpal...