PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

02 Julai 2009

Apa nak jadi dengan gadis Terengganu ini?

Saya paparkan di bawah ini satu rakaman video yang memberi gambaran kepada kita betapa parahnya gejala sosial yang berlaku dalam negara kita, khususnya di bumi Darul Iman ini.



Mereka berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan itu. Atau apakah mereka tidak berasa ia sebagai dosa? Sebenarnya mereka telah dirasuk oleh syaitan yang telah menguasai diri mereka.


Anak siapakah mereka itu? Yang jelas, dari perbualan dan gelak tawa hilai galak mereka itu, mereka adalah anak-anak orang Islam Terengganu, bumi Darul Iman yang bertuah ini. Mungkin fenomena sebegini sebelum ini selalu kita dengar dan lihat berlaku di tempat-tempat lain. Tetapi hari ini sudah menular ke negeri kita yang selama ini orang menganggap rakyatnya kuat pegangan agama dan penuh sopan santun.


Kepada siapa kita hendak persalahkan dalam soal ini? Adakah ibu bapa? Atau masyarakat? Atau pemerintah? Atau semuanya bersalah? Masing-masing ada saham sama yang membawa kepada situasi yang berlaku itu yang sangat memalukan kita, lebih-lebih lagi sebagai warga Terengganu ini.


Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang dalam perkara ini. Terserah kepada semua untuk membuat penilaian. Bagaimanapun kepala paling atas (pemerintah) tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. Rakyat semua bernaung di bawahnya. Kalau kita hendak salahkan ibu bapa (yang memang turut memberi saham sama), mungkin puncanya kerana salah memilih pemimpin dan parti dalam pilihan raya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah, al fadhil ustaz,

salam kunjungan dari anak muda.

sedikit membuka mata bahawa langkah yang lebih drastik perlu diusahakan.

salam doa dari ana.
rindu pada tarbiyah dan tidak sabar untuk berjuang bersama-sama.

doakan ana,ya ustaz.moga terus istiqomah dalam perjuangan.

dari anak terengganu.tak sanggup lihat sampai habis.subhanallah, moga Allah terus mentsabatkan hati-hati para da'ienya.

Nisa' perlu mensasarkan golongan seperti ini juga dalam mad'u dakwahnya.Nisa' trg,khususnya perlu lebih berani.insyaAllah.

Ibni Gharib berkata...

Ana doakan moga anta bersama sahabat-sahabat mampu melaksanakan tugas berat dan amanah besar yang ada di hadapan ini.

Mari bersama kita mengambil tanggungjawab ini, insya' Allah.

Naseh Ulwan berkata...

insya ALLAH, kami adalah Generasi yang Menang, seperti yang dijanjikan ALLAH dan RasulNya.
together pray for us!