PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Julai 2009

Empat hari di Manek Urai

Fadhil, Zakaria dan Khairul Aswani - petugas dari DUN Seberang Takir

7 - 10 Julai 2009 adalah jadual giliran bertugas bagi PAS Kawasan Kuala Nerus membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan. Seramai sepuluh orang petugas dari Kuala Nerus termasuk empat orang muslimat ditugaskan untuk giliran ini. Kebetulan pula giliran kedua bagi Kuala Nerus ini jatuh kepada DUN Seberang Takir dan DUN Bukit Tunggal.

Rombongan kami yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Dr Alias Razak bertolak dari Pejabat PAS Kawasan di Batu Enam pada kira-kira jam 2.30 petang hari Selasa (7 Julai) dengan dua buah kenderaan.

Perjalanan kami melalui Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Masih ada lagi sedikit kerosakan jalan di laluan Felda Aring, Gua Musang. Kira-kira jam 5.30 petang kami tiba di markas penempatan kontinjen Terengganu di Dataran Hijau, Kg Laloh, Kuala Krai.

Selepas melapor diri di Markas Unit Peti Undi (UPU) Laloh, kami terus diberi tugas pertama untuk berceramah pada malam itu. Saya bersama Dr Alias ditugaskan menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Menang dalam UPU Laloh.


Selepas ceramah, kami dijamu dengan pulut durian oleh tuan rumah. Kebetulan sekarang musim durian dan di sekitar UPU Laloh ini memang banyak terdapat pokok durian. Pagi, tengah hari, petang dan malam asyik dijamu durian sahaja. Sampai panas tak terkata.


Hari kedua kami di sini, pada sebelah pagi oleh kerana tidak ada jadual khusus yang ditugaskan, kami mengambil kesempatan untuk minum pagi bersama orang kampung di kedai kopi. Kami ke UPU Manek Urai Lama, dekat dengan stesen keretapi dan bertandang ke sebuah kedai kopi. Di situ kami memperoleh beberapa maklumat tentang kedudukan masyarakat setempat dan aktiviti BN/Umno di situ seperti program anak angkat dan sebagainya.


Selepas Zuhur kami bergegas ke Padang Majlis Daerah Laloh untuk membantu program Sihat & Comel di bawah anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. Program dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Hajah Wan Ubaidah Wan Omar. Program berjalan penuh meriah dengan beberapa aktiviti pengisiannya.


Saya dan Dr Alias turut ditugaskan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan cabutan bertuah kepada para pengunjung.


Pada sebelah malamnya di tempat yang sama diadakan Malam Kesenian dan Kebudayaan yang menampilkan Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 dan tiga kumpulan dikir barat dari Kelantan. Kami sangat teruja dengan kehebatan tukang karut yang 'mengarut' secara trio menyentuh isu-isu pilihan raya kecil di sini.


Pada hari ketiga kami lebih banyak berehat dan hanya mengutip maklumat di kedai kopi. Kebetulan pula hari ini bekalan air di kawasan ini terputus. Mungkin kerana tidak mampu menampung penggunaan yang melebih had. Maklumlah selain dari petugas luar yang datang, yang lebih ramainya ialah anggota polis yang mengikut angka rasminya ialah 3,000 orang.


Kami terpaksa mandi di Lata Rek, sebuah kawasan perkelahan yang jaraknya kira-kira 3 km dari Pekan Laloh. Rupanya anggota polis dan beberapa agensi kerajaan yang lain turut mandi di situ. Seronok juga mandi di situ, walaupun airnya tidaklah sejernih mana.


Malam itu sepatutnya ada satu ceramah yang kena kami penuhi, tetapi dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Maka berehat lagilah kami malam itu.


Jumaat, 10 Julai, hari terakhir untuk kami habiskan tugas kami di sini. Di Pekan Laloh ini ada pekan sari pada hari ini. Seawal jam 7.00 pagi lagi para peniaga di pelbagai tempat datang ke sini menjalankan aktiviti masing-masing. Jalan sepanjang 1/2 km ditutup kepada lalu lintas kerana dibarisi para peniaga. Kebetulan pula jalan itu di hadapan markas UPU.


Di situ kelihatanlah pak-pak menteri datang menjenguk dalam aktiviti kempen mereka. Kami sempat terjumpa dengan Dato' Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia.


Kira-kira jam 11.50 pagi, rombongan kami bertolak pulang selepas selesai melaksanakan misi di sini. Walaupun tidak banyak kerja yang dapat kami lakukan, tetapi kami tetap berpuas hati kerana selakigus kami dapat belajar banyak perkara dalam pilihan raya ini.


Insya' Allah, saya akan kembali lagi ke Manek Urai pada hari mengundi nanti...


Kreatif... Pajero PAS


Dr Alias sedang memeriksa seorang pesakit di Laloh

Turut serta dalam program anjuran PAS

Pemandangan indah di Lata Rek

Dr Alias, Khairul Aswani, Syed Ibrahim dan Zakaria di Lata Rek

Kenangan di hadapan Markas UPU Laloh

20 ulasan:

Naseh Ulwan berkata...

jelas guh kite dop leh gi..
sedih plek..
doh la byk durian dinung..
arap2 balik tekgi ada r durian dumoh..
lame doh ngidam ni..

Tanpa Nama berkata...

ada angan angan nak jadi yb ke?

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

to Tanpa Nama..

sbb pe yg mu dengki ngat ke org..ikut suke la org nok jadi YB ke, PM ke, nape ke..asalkan ade taqwa & iman lam diri. letih gop kadang2 layan mu. sbb tu tuan blog ni x layan mu. kalu layan, napok bodoh ngat debat dgn org jahil tukir. kalu x layan, kohor muwer. aku x tau kalu mu ade blog gane. mmg abis sedunia kutuk mu!

Tanpa Nama berkata...

biarlah jahil pun asal dok kata ke orang... ni alim pun dok amal nak wat apa... pulak tu kata ke orang sokmo..

Naseh Ulwan berkata...

tu ah..kot panda org r nok jd nde pon..asal jgn jd org hok lawan tuhan doh!

Awang Di berkata...

To Tanpa Nama:
Giliran orang mu kata dia kata ke orang. Dah mu kata tu, kata ke sapa? Ke kata ke lembu ke?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa orang yang belajar kat mesir ni payoh sangat nak amal apa yang mereka belajar?? peribadi mereka tak melambangkan yang mereka adalah penuntut ilmu agama.. kalau belajar kerana allah mungkin jadi lebih baik..

Golok bong berkata...

To Tanpa Nama
Ayat Quran turun ditujukan keatas orang.Sifat orang kafir macam nii,sifat orang munafik macam tuu,sifat orang jahil macam awak,sifat orang degil macam dia,sifat ahli syurga macam nii,sifat ahli neraka macam tuu.Semua dituju atas kepala orang. Bukan ditiju keatas kepala kambing.Kalau Quran diturun untuk kambing baru lah kita kena kata ke kambing. Tak payah lah kita kata ke orang. Benda benda macam nii pun awak tak boleh faham.Awak sekolah lulus darjah berapa? Lulusan tadika ke? Ke kelas tadika pun ponteng?

Tanpa Nama berkata...

lau tahu tuju pada orang awak tu orang ke kambing? orang PAS ni ats pada syariat?

Tanpa Nama berkata...

awak ingat awak tu bleh masuk syurga ke? ingat syurga took dia..

Joo berkata...

>>>Tanpa Nama
Budak ambil BM(UPSR) Darjah 6 tahu dan faham bila baca karangan atau petikan dalam soalan pemahaman.Awak ni memang jenis bebal tak faham apa maksud tulisan orang.Kalau dah babil dan bebal tu, tak payah lah nak tunjuk pandai.

HaresTakeery berkata...

doh kurang2, alim gop nk ngate ke org..doh mu, bodo2 pon ngate ke org gop..ksian guh. x soh kate mulut aku hudoh la. org mcm mu layok kene gitu..x kang org mcm mu, nok suruh aku puji plok..x sabboh. mu ingat semua plajor mesir malas g kuliyah ke? aku x gitu la..aku blajor krn Alloh, sbb nok tolong ISLAM. mu ingat aku blajor sbb nok bleh duit byk2? bleh keje sedap2? aku bkn mcm mu..doh la x skoloh, ngate ke org plok. sbb mulut aku gini la..aku kene blajor mesir. kalu mulut jurus mcm mu, x payoh blajor doh. org jahil mcm aku kene blajor..org cerdik mcm mu duk saje doh la. seronok benornye balloh ngan mu..sbb smakin lame, smakin tserlah kebodohan mu..& gane2 pon, mu balas gop nape org kate ke mu..mu x kan ngaloh gop gane2 pom..sedap3. org diam lebih baik drp org bcakap..sbb bile bcakap, org akan tau kite bodoh! aku x secerdik mu, jadi mu mmg patut ngate org. smua org duk tuju ke mu..mu x sedor ke? mu 1org lawan ramai2..ke mu rase mu betol? rohok guh. bkpe mu ckp:"awak ingat awak tu bleh masuk syurga ke? ingat syurga took dia"?? org bodoh je ckp gini tau x? tujuan dakwah adalah utk ajok smua org masuk syurge bsame2 ngan kite..bkn nok masuk syurge sorg2. insaflah wahai saudaraku..x dop masaloh pon kalu mu x moh ngaku mu sape..biarlah Alloh je yg tau..tapi sudoh2 lah wat bollok lam blog org lain ni. letih tuan blog tengok. baik mu wat amalan yg bleh slamatkan mu drp masuk neraka..amin.

Tanpa Nama berkata...

balik la... dok pyoh belajar mesir la... wat rugi pitis je... belajar pun dok kemana gak.. lau gitu la...

Kutu duit berkata...

To Tanpa Nama
Menuntut ilmu tu wajib.Tau tak wajib tu apa? Bukannya merompak duit royalti yang wajib macam puak-puak awak buat kerja tuu.Patutlah geng2 awak ramai yang jahil tukir.Kalau ada yg alim sorang dua pun sibuk nak merompak duit royalti.Duit rakyat tu weh.Bukan duit bapa tiri awak.

Tanpa Nama berkata...

menuntut ilmu pun bodo mcam orang jahil kampung jugak.. baik duk kampung..

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

laa..kenapa la mu ckp mcm org x dop otok?! blajor wajib..cerdik x wajib.

kerja kite blajor, usaha..cerdik @ bodo..sume keje tuhan..nk bagi @ x. kerja kite usaha utk cari rezeki..tapi x smestinye dapat. kerja kite bjuang..tapi menang x wajib. kerja kite kene dakwah..tapi org nk ikut @ x, bkn keje kite...mu phm x?!

padang mahsyar kekgi..tuhan x tnye, ats dunia dulu, mu bijok x? jupe x rezeki? menang x? org ikut x dkwah mu?

yg penting kite lakukan kerja yg disuruh Alloh..Alloh x wajibkan kite jadi cerdik..x wajibkan kite jumpe rezki, x wajibkan kite menang lam juang, x wajibkan kite bjaye lam dakwah!

Alloh suruh kite blajor, cari rezki, bjuang, bdakwah! fahamilah wahai hati yg menuntut redho Alloh..

Poziabb berkata...

@Nasih Ulwan bila balik? byk durian taroh nih...

@Tanpa Nama berkata...
ada angan angan nak jadi yb ke?
==>INI PERKATAAN MENGHiNA, MMG X PATUT!!!

@Hares Takeery, Nasih Ulwan, Awang Di, Golok bong, Joo, Kutu duit,
===>>Wahai orang2 yg beriman, berbahaslah kamu dengan mereka itu dengan penuh hikmah dan perkataan yg sopan!
Biasanya; tali kail akan putus jika kita menyentap ikan besar dgn sekali rentapan yg amat kuat! lihat la akan kesusilaan abah kamu, belajarlah byk2 darinya.
SALAM!

Tanpa Nama berkata...

macam ni lah dinamakan orang islam n beriman..

Kedai buloh besor kali berkata...

Kpd>>>Tanpa Nama
Wahai Tanpa Nama yang beriman dan berilmu tinggi,apa komen saudara tentang peribadi Saidina Abu Bakar Assidiq yang telah mengistiharkan perang kepada mereka yang tak mahu mengeluarkan zakat?Termasuk golongan orang beriman ke tak beriman Saidina Abu Bakar niii...

Naseh Ulwan berkata...

kpd Poziabb, mekasih ats nasihat yg cukup baik..

ambe balik doh 2 minggu lps..bln pose lok balik..11hb 9..blh r nk wi durian pon..kueh2 skali jaddi gop..huhu

psl yb 2,xsoh plik r kalo Tanpa Nama menghina,mmg keje dye doh..apa salahnya kalo nk jd yb pon,yg salohnya ialh jd yb,tp nyusoh ke rakyat,wat zalim ke rakyat..xdok mslh kalo xjd yb pon,tp rkyt tau yg kita keje utk rkyt,kn?