PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 Julai 2009

BALKIS sampaikan sumbangan

Zakaria sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bapa pelajar
SEBERANG TAKIR: Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengerusinya, Zakaria Dagang kepada pelajar atau ibu bapa pelajar berkenaan.

Menurut Zakaria, sumbangan itu merupakan antara program rutin BALKIS bagi membantu dan menghargai kejayaan pelajar-pelajar.

"Walaupun dalam nilai yang tidak banyak, tetapi bagi kami ia sebagai satu tanda ingatan dan pengiktirafan kami terhadap anak-anak ahli kami yang berjaya dalam pelajaran," tambah beliau.


Beliau turut mengharapkan agar pelajar-pelajar berkenaan dapat belajar bersungguh-sungguh bagi menggalas harapan besar dari kedua ibu bapa mereka, bahkan masyarakat umumnya.


BALKIS sebagai sebuah badan kebajikan di DUN Seberang Takir telah berperanan dalam kerja-kerja amal dan kebajikan seperti menyediakan pakej pengurusan jenazah dan membantu ahli-ahli yang sakit atau ditimpa musibah.

Tiada ulasan: