PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Julai 2009

Kenangan Manek Urai

Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa melawat pusat pengundian di SMK Laloh

Sudah seminggu berlalu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kawasan N.41 Manek Urai. Namun begitu ceritanya barangkali belum habis. Masih diperkatakan di mana-mana, sama ada di kedai-kedai kopi atau diruang-ruang siber oleh pelbagai kalangan.

Sudah terlalu banyak ulasan yang diberikan, sama ada dari pihak PAS atau BN atau pihak ketiga dengan segala analisis berasaskan fakta dan natijah dari PRK itu.

Saya tidak berhasrat untuk turut menambah ulasan yang sudah terlalu banyak itu kerana saya percaya bahawa ia telah mencakupi keseluruhan sudut dari PRK itu. Kalau saya hendak ulas juga, ia akan pasti berlegar kepada perkara yang sama dan mengulangi ulasan-ulasan yang telah dibuat.

Pada hari pembuangan undi Selasa lepas, saya sekeluarga sempat bersama-sama para petugas lain untuk turut memberi sokongan kepada calon PAS yang bertanding. Walaupun tidak sebanyak mana rasanya sumbangan yang dapat kami berikan, tetapi sekurang-kurangnya keberadaan kami di situ menambah sokongan moral dan semangat kepada calon PAS.


Oleh kerana Terengganu ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Laloh, kami tetap berada di situ sejak malamnya sebaik kami tiba dari Kuala Terengganu setelah melalui perjalanan yang sangat panjang (bukan jarak, tetapi masa) akibat kesesakan jalan raya utama Kuala Krai - Gua Musang. Perjalanan yang sepatutnya tidak sampai setengah jam, tetapi telah memakan masa hampir tiga jam.


Pada malam itu kami sekeluarga bercadang untuk tidur di mana-mana masjid atau surau yang berdekatan, tetapi malangnya semua masjid dan surau dipenuhi manusia (yang sememangnya para penyokong PAS). Misalnya di Masjid Mukim Laloh, tidak ada langsung ruang sama ada di luar masjid atau di dalamnya, hingga rapat sampai ke mimbar dipenuhi para 'tetamu' yang tidur di situ.


Akhirnya kami sekeluarga (enam beranak) terpaksa tidur di dalam kereta dengan segala keselesaan yang seadanya. Almadulillah, walaupun kepanasan, nyenyak juga untuk barang seketika bagi menjadi bekal untuk bertugas keesokannya.


Di UPU Laloh adalah antara tempat yang hebat berlaku pertembungan antara PAS dan BN semasa hari pengundian itu. Tetapi yang jelasnya, penyokong PAS melebihi tiga kali ganda dari penyokong BN. Suara penyokong BN acap kali tenggelam dengan suara penyokong PAS.


Dari segi moral pada keseluruhannya, PAS menguasai di semua UPU sehinggalah ke setiap jalan termasuk jalan utama hampir semua kenderaan yang lalu mengibarkan bendera PAS atau memberi tanda sokongan kepada PAS. Terlalu amat jarang ditemui kenderaan berlambangkan dacing. Sama ada mereka rasa malu untuk mengibarnya atau kerana strategi tertentu, wallahu a'lam.


Kalau diukur dari segi kehebatan kempen dan sokongan yang diperlihatkan khususnya pada hari mengundi itu, sepatutnya bukan hanya sekadar 65 undi majoriti yang diperolehi oleh calon PAS. Kita percaya bedah siasat (post mortem) yang akan dibuat nanti akan memberi jawapan sebenar terhadap situasi ini.


Walau apapun, tahniah kepada calon PAS dan selamat melaksanakan amanah. Juga tahniah kepada semua petugas yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen. Semoga PRK Manek Urai ini memberi satu pengajaran yang besar kepada kita untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, insya' Allah.


Para penyokong PAS di Laloh

Muslimat yang tetap setia dengan tugas

Serikandi-serikandiku

Petugas-petugas Terengganu di bangsal panas

Sekeluarga

Tiga anak Dagang

Kenangan bersama petugas keselamatan di Laloh (bukan waris...)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen"
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.

Umno sangat marah bila perangkap mereka terus menerus tidak mengena, selama ini pun bilamasa umno/bn mengiktiraf Tok guru Nik Aziz sebagai Tuan Guru? Kita pun memang tak ingin dan tidak mengharapkan umno memberi pengtirafan tersebut.Kalau mereka terima Tok guru sudah tentu mereka tak lagi berjuang bersama umno.

Jadi kita sikitpun tak pelik bila mereka marah-marah, sebenarnya mereka bukan marah pasal kata-kata tok guru tu, tapi mereka marah sebab perangkap mereka dah makan tuan.
Ulang sekali lagi " Pergi Jahanan Umno".

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

haha..sedap3..p jahanang umno!

Tanpa Nama berkata...

memang dah jadi dasar orang PAS suka kata kat orang... tapi ingat.. bukan dasar islam gitu...