PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

12 Julai 2009

Polis mengganggu ketenteraman awam di MU?

Dalam risalah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan "Manek Urai Kito" bilangan 5 ada menyebut tentang polis yang disifatkannya macam kelkatu.

Mengikut angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis, bilangan anggota polis yang bertugas di PRK Manek Urai ialah seramai 3,000 orang. Terdapat tiga markas besar polis yang dikenali sebagai Markas Tektikal (Martek) di DUN ini, iaitu di Laloh, Chuchuh Puteri dan Manek Urai Baru.

Jika dilihat kepada suasana sebenar di seluruh kawasan PRK ini, mungkin jumlah anggota polis itu melebihi angka rasmi yang dikeluarkan itu. Di mana-mana sahaja kita pergi, pasti akan bertemu dengan polis; sama ada di kedai makan, pasar dan bahkan tempat mandi di kawasan air terjun juga.

Jumlah kakitangan lain yang terlibat dengan polis seperti pekerja-pekerja di bawah kontraktor yang sebahagian besarnya adalah pekerja asing seperti dari Bangladesh dan lain-lain negara juga ramai dan menambahsibukkan lagi suasana di sini.


Kehadiran anggota polis dalam bilangan yang sebegitu ramai di sini dengan nisbah polis dan pengundi 1 : 4 (jumlah pengundi 12,293 orang) jelas seolah-olah 'mengganggu' ketenteraman awam di sini. Walaupun sepatutnya rakyat akan rasa 'selamat' dengan kawalan polis yang menyeluruh itu, tetapi hakikat sebenarnya mereka mungkin tidak selesa dengan suasana itu. Di sana sini 'bergelewak' dengan polis yang menyebabkan keharmonian penduduk kampung di sini selama ini sedikit terganggu.


Jalan raya juga menjadi sesak dengan kehadiran polis yang sebegitu rupa. Gambar foto di atas jelas memberi gambaran sebenar kesesakan lalu lintas di kawasan Martek apabila kenderaan anggota polis diletak di bahu kedua-dua belah jalan yang menyebabkan laluan jadi selorong dan menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.


Mungkin kalau di tempat lain, atau kalau bukan anggota polis yang buat kerja seperti itu (parkir di bahu jalan) sudah tentu tidak cukup surat saman dikeluarkan. Ini juga memperlihatkan sikap double standard mereka dalam penguatkuasaan undang-undang.


Kepada orang yang berakal waras, penempatan sebegitu ramai anggota polis dalam PRK ini jelas satu kerja yang membazir. Pengalaman dalam PRK-PRK sebelum ini sepatutnya sudah banyak mengajar pihak berkuasa ini. Misalnya dalam PRK Kuala Terengganu tempoh hari, sejumlah RM15 juta dibelanjakan oleh PDRM.


Yang pastinya, pembekal-pembekal kanopi, katering dan lain-lain yang berkaitan akan mendapat laba yang besar dari PRK ini.


Cuma satu persoalan kita, kenapa PRK Penanti dahulu tidak ditempatkan anggota polis dengan jumlah yang besar begitu? Kita tidak terjumpa pun Martek di sana. Tak tahulah kalau kedudukannya tersembunyi. Jawapannya ialah kerana BN tidak bertanding. Ertinya, ketiadaan BN dalam sesuatu PRK itu sudah pasti tiada keganasan yang pihak polis tidak perlu mengawalnya. Atau apakah polis hanya menjaga keselamatan BN?


Tulisan ini bukan bertujuan mengutuk pihak polis. Kita tahu walau apapun tindakan yang diambil oleh polis, mereka menerima arahan dari pihak yang lebih atas. Apa-apa perkiraanpun adalah percaturan pihak di atas mereka.

13 ulasan:

abu muaz berkata...

Slogan baru PDRM. Polis dan BN berpisah tiada.

Tanpa Nama berkata...

watpe lah sakit hati sangat ke polis tu?? cuba didik hati tu.. jadi sangka baik.. sama je tok guru dengan awak awak.. nak molek gane gini?

Awang Di berkata...

Payoh bbase nge orang hok dok reti basa ni. Jenis otak buh mane dok tahu?

abu muaz berkata...

Nama pun takut letak. Hantu ke? Polis jadi gitu kes UMNO belake. Jadi leloh polis wat ke UMNO ni. Dog ikut dok leh. Arahan bukan gila doh bahkan gila babi. Samalah dengan selsema hok sohor lening tu.

Tanpa Nama berkata...

SAYA BERSERU KEPADA ORANG2 PAS... JADI LAH KATA KE ORANGNYA... TILIK DIRI SENDIRI... NAK MASUK DALAM KUBUR NAK JUMPA ALLAH KEGI... KUBUR KITA ASING ASING... DAN SAYA BERSERU KE TOK TOK GURU PAS.. TOLONG LAH TARBIYYAH AHLI AHLI PAS SUPAYA BAIK BUDI BAHASA...JANGAN INGAT KITA JE YANG BAIK... MANA TAU ORANG LEBIH BAIK DARI KITA..

Tanpa Nama berkata...

SAYA NAK TANYA.. DIMANA KEKUATAN PAS?
PARLIMEN SEMUA SEKALI 222 KERUSI
PAS HANYA BERTANDING 66 KERUSI.. BERCAKAP NAK PERINTAH MALAYSIA.. CUBA PAKAI LOGIK AKAL GAK.. CUBA KITA TENGOK YANG SEKARANG DALAM PAKATA PR
PKR 32 KERUSI
DAP 28 KERUSI
PAS 23 KERUSI
BOLEH KE NAK JADI PM???

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

woit tanpa nama..
pandai plok mu cakap bab hati?? tasawwuf mu blajor x?
ke mu x dop hati? ataupon hati mu x perlu dijage ke?
mu pom ngate ke org gop..ke org2 PAS ni kambing2 blake?

sbb kubur asing2 la kite perlu dakwah manusia kpd kebaikan. kalu mu duk same2 dgn orang2 soleh dlm kubur kekgi, mudoh plok org2 soleh nok tolong mu, jawap soalan2 malaikat. ke gane wahai pale otok senok?

mu x soh kate mulut aku hudoh la. mulut mu lagi hudoh. atas dunia mu cakap la gane2 pom, depan Alloh kekgi baru mu tau neraka panas setare mane!!

Tanpa Nama berkata...

ni orang PAS gak ni.. ni ayat tok guru dok ajar belake lah ni...

Tanpa Nama berkata...

Kita lantik Tuan Guru Hj Abdul Hadi presiden PAS jadi PM Malaysia jika PR menang dalam PR13 nanti.Lepas tu boleh tambah bini yang ketiga pula....apa salahnya 4orang bini pun boleh.Islam jugak menghalalkan berbini lebih daripada satu.

slamber berkata...

>>> To Tanpa Nama

Awak nii dah masuk jawi ke belum?
Gatal muncung nak bercakap pasal berbini.Mulut pun busuk.Pergi balek gosok gigi lah.Poodah!

Poziabb berkata...

Abdullah bin Abbas R.A pernah berpesan: Janganlah kamu sekelian berbahas dengan orang bahlul, kelak kamu pasti sakit hati..janganlah juga kamu berbahas dengan bijak pandai, kelak kamu pasti aib sendiri.
Pengajaran: dalam apa situasi sekalipun, janganlah bertikam lidah, apatah lagi dengan cara yang amat tidak beretika.

Maksud Hadith: Barangsiapa menghina ulamak, seolah-olah ia menghina aku, barangsiapa menghina aku, maka ia telah menghina Tuhannya!
*kepada yang lebih tahu, harap perbetulkan matannya, bawakan sanadnya, nyatakan statusnya, ribuan terima kasih diucapkan untuk respon komen ini, sebab saya ingat2 lupa!

Tanpa Nama berkata...

Asal dan suka berdebat adalah "penyakit" dan tidak baik. Oleh itu jagalah adab-adab dan peraturan berikut:

Pertama, memiliki ilmu pengetahuan dan memenuhi kalbu dengan ma'rifat, tauhid dan ketakwaan kepada Allah. Dengan cara ini seseorang akan selalu bersikap dan berucap dengan niat dan metode ilahiyyah. Apa yang dilakukannya dalam perdebatan tidak diorientasikan untuk mencari kemenangan, tapi kebenaran. Sehingga ia akan meninggalkan ego peribadinya serta menjauhi sikap sombong dan merendahkan orang lain.

Kedua, Senantiasa memelihara adab Islami dalam berdebat, mengkritik, bertanya dan menyampaikan pendapat. Antara lain, dengan cara yang bijaksana, hormat, lembut dan lain-lain. Dengan begitu, lawan bicara akan merasa dihargai sehingga terjadi komunikasi yang indah dan bermanfaat, jauh daripada takabbur-sombong dan semangat saling mengalahkan.

Ketiga, menjauhi akibat buruk yang timbul dari kebiasaan berdebat. Antara lain tidak mendorong orang untuk beramal, tapi hanya memperbanyak bicara.

Keempat, menerima kebenaran dari orang lain.

Kelima, mengubati hati dari penyakit ujub, ghurur dan takabbur.

Keenam, tidak berdebat sekiranya tidak perlu dan tidak membawa kebaikan untuk Islam.

Sekian, terima kasih.

slamber berkata...

To Tanpa Nama

Wah baguihnya nasihat, alim dan warak tutur bahasanya tapi cuba tengok apa yang awak kata kat orang.Tengok2 kata2 awak bawah nii!

"Tanpa Nama berkata...
awak tu yang kena mohon keje jilat buntut anwar... ha ha haa"

Kemana perginya alim dan warak awak tuu...