PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 Ogos 2009

Pertandingan Mencipta Logo BALKIS

Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo BALKIS sebagaimana maklumat berikut:-

TEMA

Logo BALKIS hendaklah memaparkan sesuai dengan peranan badan sebagaimana objektif penubuhan BALKIS:-

1. Tolong menolong kepada ahli-ahli dan tanggungan semasa berlaku kematian, bencana dan kemalangan.

2. Memberi bantuan kewangan apabila berlaku kematian, bencana dan kemalangan kepada ahli-ahlinya.

3. Memberi bantaun tenaga secara gotong royong kepada ahli-ahli ataupun tanggungannya apabila berlaku sesuatu kematian, becana dan kemalangan.

4. Menyatupadukan ahli-ahli PAS dalam sebuah badan kebajikan.

5. Menguatkan silaturtrahim dan perpaduan antara sesama ahli dan masyarakat.

6. Membantu mana-mana orang pada pendapat ahli jawatankuasa badan ianya perlu diberi bantuan.

7. Menggalakkan rasa kecaknaan dan keperihatinan kepada ahli dan masyarakat.

SPESIFIKASI

1. Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm ) berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board dan juga disediakan dalam softcopy dalam format JPEG (resolusi 800 x 600 pixel).

2. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas.

3. Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free hand) dan hendaklah menggunakan tidak lebih dari tiga (3) warna sahaja tidak termasuk hitam dan putih. (Menggunakan lebih daripada 3 warna juga diterima).

4. Setiap reka cipta mesti disertakan dengan penerangan dalam Bahasa Malaysia.

5. Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.

CADANGAN LOGO HENDAKLAH SESUAI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN:-

1. Letterhead / Minute
2. Branding (for Sponsorship) or/and Acknowledgement of Sponsors/Donors
3. Souvenirs, Official Pin on Ties and Suits/Dresses
4. Publication / Banner / Flyer / Brochure / Leaflet

SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli BALKIS dan seluruh ahli PAS DUN Seberang Takir atau sesiapa yang berminat untuk menyertai secara individu / perseorangan atau mewakili cawangan. Semua penyertaan hendaklah sampai pada atau sebelum 20 Ogos 2009 ke alamat di bawah:

SETIAUSAHA BALKIS
d/a PEJABAT MAJLIS TINDAKAN DUN SEBERANG TAKIR, KAMPUNG DUYUNG,
SEBERANG TAKIR,
21300 KUALA TERENGGANU
(U/P: ENCIK MOHD AZMI BIN TAHIR)

Setiap penyertaan mestilah disertai dengan maklumat-maklumat berikut:-
o Nama Penuh
o No. Kad Pengenalan
o Alamat
o No. Telefon

2. Pereka hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

3. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik Badan Amal dan Kebajikan iSLAM Seberang Takir (BALKIS), mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan sebagai hak milik “BALKIS”.

4. BALKIS juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

5. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tiada had penyertaan ditetapkan.

6. Hanya satu logo sahaja akan dipilih menjadi pemenang dan akan mendapat hadiah dan sijil penghargaan.

7. Pemenang akan dihubungi melalui surat/telefon/e-mel. Walau bagaimanapun, BALKIS berhak untuk tidak memilih pemenang utama di kalangan peserta peraduan, sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak untuk dianugerah sebagai pemenang.

8. Penyertaan yang tidak mengikut kehendak syarat-syarat penyertaan di atas dan dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan layan dan penyertaan akan terbatal secara automatik. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

9. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Tiada ulasan: