PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

09 Ogos 2009

Rayuan derma untuk mangsa kebakaran

Zakaria ketika melawat tempat kebakaran

SEBERANG TAKIR: Sebuah rumah di Taman Perumahan Telaga Daing dekat sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pagi kelmarin. Kerugian dianggarkan RM100,000.

Rumah pusaka yang didiami oleh Sharifah Azura Syed Sobian bersama suami dan dua anak yang masih kecil musnah sama sekali menyebabkan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 9 pagi itu.

Pihak PAS Kawasan Kuala Nerus dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir telah turun menziarahi mangsa kebakaran itu dan menyampaikan sumbangan berupa wang, pakaian dan makanan. Selain itu MTD Seberang Takir telah berusaha untuk mendapatkan rumah bagi penempatan sementara keluarga mangsa. PAS Cawangan Telaga Daing dan PAS Cawangan Teluk Ketapang melalui Jawatankuasa Muslimat juga turut membantu menyediakan masakan bagi keluarga malang itu.

Antara pemimpin PAS yang menziarahi mangsa ialah Cikgu M. Shukrimun Shamsudin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus; Ustaz Ridzuan Hashim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Zakaria Dagang, Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Syed Ibrahim Syed Hussin, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan. Turut sama dalam lawatan itu ialah anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Kawasan dan MTD Seberang Takir.


Zakaria yang juga Pengarah MTD Seberang Takir menyeru kepada semua pihak untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu.


Beliau memohon supaya sumbangan-sumbangan berkenaan dapat dikumpulkan melalui MTD atau Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) bagi disalurkan kepada mangsa berkenaan.


Sumbangan bolehlah disampaikan kepada:


Bendahari MTD Seberang Takir

d/a Pusat Tarbiyah Islamiyyah

Kg Duyung Jalan Lapangan Terbang

Seberang Takir

21300 Kuala Terengganu

Telefon: 012-9831183 (Mohd Nordin Mahmood)

Akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad: 1301 0003 5817 10

atas nama ZAKARIA DAGANG / PAUZAI HUSAIN / MOHD NORDIN MAHMOOD


atau kepada:


Bendahari BALKIS

d/a Pusat Tarbiyah Islamiyyah

Kg Duyung Jalan Lapangan Terbang

Seberang Takir

21300 Kuala Terengganu

Telefon: 013-9344929 (Mohd Azmi Tahir)

Tiada ulasan: