PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

06 September 2009

Cakna Mesra di Seberang Takir

Zakaria menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima

SEBERANG TAKIR: Majlis Tindakan Muslimat PAS dan Nisa' DUN Seberang Takir semalam melakukan program Cakna Mesra yang melibatkan 40 keluarga golongan miskin di sekitar DUN ini.

Program berbentuk ziarah ke setiap rumah yang terlibat itu disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang bersama isteri, Maryani Ismail dan para pemimpin MTD dan Muslimat serta Nisa' DUN.

Setiap keluarga yang diziarahi menerima sumbangan hamper barangan keperluan harian dan wang tunai.

Rata-rata rumah yang diziarahi adalah sangat dhaif. Sebahagian mereka adalah terdiri daripada ibu tunggal, yang mempunyai ramai tanggungan dan pesakit kronik


Mereka begitu gembira dan berbesar hati menerima kunjungan para pemimpin di DUN ini. Mereka terharu sambil mengucapkan terima kasih atas cakna atau prihatin PAS terhadap nasib mereka, terutama pada bulan mulia ini.


Pengarah program, Hajah Zainah Abu Bakar yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat DUN berkata, program seumpama ini merupakan program tahunan sempena bulan Ramadhan.


"Sedikit sumbangan yang kita hulurkan ini bagi turut bersama berkongsi keperitan hidup golongan yang kurang bernasib baik di DUN ini dan kita harap semoga akan melahirkan sedikit kegembiraan kepada mereka terutama dalam menjalani bulan puasa ini," ujar Zainah.


Beliau juga menyeru anggota masyarakat lain yang diberikan sedikit kelebihan oleh Allah untuk turut membantu golongan seperti ini bagi meringankan sedikit beban yang terpaksa mereka hadapi.


Maryani menyampaikan sumbangan di Kg Batin

Maryani menyampaikan sumbangan di Hulu Takir

Zakaria bersama anggota rombongan Muslimat dan Nisa'

Antara rumah yang diziarahi

3 ulasan:

Kedai buloh besor kali berkata...

Hadirnya bulan Ramadhan ini merupakan peluang bagi mereka yang memiliki harta dan juga golongan yang taraf ekonominya agak selesa untuk menderma dan membelanjakan harta mereka di jalan Allah.. Kurangkanlah rasa cinta kepada harta yang tidak membawa apa-apa manfaat di hadapan Allah sekiranya tidak dibelanjakan di jalanNya. Janganlah sampai kebaikan dalam menderma ini hanya terhenti untuk bulan Ramadhan sahaja. Elok diperluaskan pada bulan-bulan yang lain. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT.
“PAS FOR ALL”

Ibni Gharib berkata...

Ramai di kalangan manusia sayangkan harta orang lain daripada harta sendiri. Harta orang lain ialah harta yang dikumpul dan disimpan yang akhirnya apabila dia mati akan menjadi pusaka kepada ahli waris. Sementara harta sendiri ialah harta yang dibelanjakan pada jalan Allah, yang pahalanya akan diterima di akhirat yang menjadi miliknya yang kekal abadi.

Hares Takeery berkata...

ayah, ketika lahirnya kau di dunia..kamu menangis krn terkejut dgn suasana dunia, org ramai disekelilingmu pula gembira atas kelahiran seorg pejuang sptmu.

maka ku harap wahai ayah..di saat kau tinggalkan kami, org ramai akan tangisi atas pemergianmu dan akan kenang jasa & pngorbananmu, kau pula gembira atas bekalanmu yg dibawa utk bertemu Alloh & dapat rehat secukupnya setelah kamu letihkan dirimu dgn amalan2 soleh ketika hidup d dunia..ameen ya Robb!!

(kalam hati yg ikhlas drp anakdamu..x tau sbb ape areh menangis ketika tulis komen ni..mgkn sbb terlalu rindukan ayah)