PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

05 September 2009

Majlis Iftar PKR Kuala Nerus

Zakaria Dagang bersama Ng Chai Hing dalam majlis berbuka puasa
KUALA NERUS: Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Cabang Kuala Nerus telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di rumah Timbalan Ketuanya, Abdul Aziz Sidi Abdul Latif di Kg Telaga Daing, Seberang Takir semalam.

Majlis turut dihadiri oleh para pemimpin PAS Kawasan Kuala Nerus dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir. Antara yang hadir ialah Ustaz Zakaria Dagang (Ketua Penerangan PAS Kawasan merangkap Pengarah MTD Seberang Takir), Mohd Fadhil Wahab (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan merangkap Ketua Pemuda MTD Seberang Takir) dan Pauzai Husain (AJK PAS Kawasan merangkap Setiausaha MTD Seberang Takir).

Ketua KeADILan Cabang Kuala Nerus, Wan Bukhari Wan Mohamad dan Abdul Aziz Sidi Abdul Latif menyambut kedatangan para tetamu selaku tuan rumah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.


Majlis dimulai dengan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Zakaria Dagang. Majlis disudahi dengan solat Maghrib berjamaah.

1 ulasan:

Hares Takeery berkata...

Ng Chai Hing tu pose gop ke?haha