PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 September 2009

Kemeriahan Iftar di Kg Batin

Bermula dengan penyembelihan lembu
Jumaat lalu, Masjid Kampung Batin, Seberang Takir mengadakan Majlis Iftar Jama'ie (Berbuka Puasa) sebagai acara tahunan dalam bulan Ramadhan ini.

Sebanyak dua ekor lembu dan 70 ekor ayam telah dijadikan lauk untuk jamuan yang melibatkan hampir 1,000 orang tetamu yang terdiri daripada ahli qaryah masjid dan kampung-kampung sekitarnya.

Lebih menyeronokkan jawatankuasa masjid, semua hidangan yang disediakan habis dijamu oleh para tetamu, bahkan sebahagian tetamu tidak cukup tempat dan terpaksa makan secara berselerak.

Sebelum itu, bermula dari selepas kuliah Subuh, gotong royong diadakan yang melibatkan ahli jawatankuasa dan para jamaah. Kerja-kerja penyembelihan lembu, melapah dan menyiang daging dijalankan dengan penuh ceria. Sementara para muslimat menyiapkan bahan-bahan untuk masakan.


Pada tahun ini, para petugas disediakan baju-T berwarna kuning sebagai tanda kenangan majlis. Suasana kelihatan lebih ceria dan menyeronokkan.


Lembu dilapah

Menyiang daging lembu

Muslimat mengupas bawang

Muslimat membersih ayam

Tukang masak di dapur

Anwar dan Zamri sedang berbuka puasa

Tetamu sedang menikmati juadah berbuka puasa

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Ayah long, daus ambik gambar2 atas ni buleh dok?
nok tepek kat blog...
Terima KAsih...

Tanpa Nama berkata...

Boleh, tak dok masalah.

Kedai buloh besor kali berkata...

Seronoknya bukak puasa ramai-ramai.
Sekadar mampu memerhati dari jauh...