PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

15 September 2009

Sebab utama lelaki ditarik ke neraka oleh wanita


Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:-

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yang bergelar ayah! Bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan berpuasa? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


(p/s: Duhai lelaki yang bergelar suami! Bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan! Jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


(p/s: Duhai anakanak lelaki! Sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah SWT (maksudnya):


Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, di mana bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu...

5 ulasan:

Poziabb berkata...

Assalamu'alaikum Abg Yaa!

Saya pernah dgr Tuan Guru / ustaz mengajar di madrasah; bahawa di akhirat kita membawa diri masing2, tiada kene mengena antara satu sama lain... tiada siapa yg akan membawa kita samada ke neraka atau syurga... TETAPI YG MENYEBABKAN KITA KE NERAKA ADALAH OLEH AMAL DURJANA KITA DI DUNIA, YG MEMBAWA KITA KE SYURGA ADALAH RAHMAT KASIH SAYANG DAN PENGAMPUNAN ALLAH S.W.T YG MAHA LUAS!
- harap Abg Yaa perbetulkan jika kenyataan ini salah, atau perjelaskan jika ada keselarian antara artikel Abg Yaa ini dgn apa yg saya dengar tersebut.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kedai buloh besor kali berkata...

Manusia dihantar kedunia sebagai khalifah, ada tanggung jawab masing-masing sebagai pemimpin.Tiap pemimpin akan disoal orang dibawah pimpinan dan tanggung-jawab mereka.Tunai atau pun tidak amanah yang diberi itu.Kalau tersangkut,mereka itu akan menarik kita ke neraka kerana tak tunaikan hak mereka.Amanah akan dipersoal satu persatu,tak akan terlepas.Itu yang ramai manusia kantoi.Serba sedikit yang saya faham,kalau silap tolong betulkan...

ibnugharib berkata...

Yang membawa diri masing2 yg tiada kena mengena dgn org lain tu adalah dosa peribadi yg memang tiada berkait dgn org lain. Dosa yg berkait dgn org lain spt org bawah tjawab kita akan disoal di hadapan Allah & kita tidak boleh berlepas diri.

Tanpa Nama berkata...

tau pn...... ingat dok tau.. tp buatnya tidak.. ke guane?

Kedai buloh besor kali berkata...

Orang yang menyokong pemimpin toghut juga akan dihumban kedalam neraka bersama toghut2 mereka.Sila rujuk nas2 yang jelas dan nyata...tapi insafnya tidak... ke guane?