PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

28 September 2009

Sekitar Rumah Terbuka Teluk Ketapang


PAS Cawangan Teluk Ketapang, Seberang Takir telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya 'Idil-Fitri 1430 pada hari Sabtu lalu. Majlis berlangsung di perkarangan PASTI Al-Mawaddah, Teluk Ketapang.

Walaupun majlis bermula pada jam 10.00 pagi, tetapi seawal jam 9.00 pagi sudah ada tetamu yang mula berkunjung. Dan walaupun aturcara majlis berakhir sehingga jam 1.00 tengah hari sahaja, tetapi sehingga hampir jam 2.00 petang masih ada lagi tetamu yang datang.

Para tetamu disambut mesra oleh Ketua PAS Cawangan, Zakaria Dagang bersama isteri Maryani Ismail yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan. Sambil para tetamu menikmati juadah hari raya seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, lemang, ketupat, sate, tapai dan sebagainya, majlis dihiburkan dengan deejay Haji Che Kamarudin Che Mat yang menjemput para pemimpin Cawangan untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya.

Kanak-kanak juga dijemput ke pentas untuk menjawab teka teki yang menimbulkan kegamatan majlis dengan telatah masing-masing.


Sebahagian besar tetamu yang datang adalah terdiri daripada penduduk Kg Teluk Ketapang dan kampung-kampung sekitar. Turut serta ialah para pemimpin MTD Seberang Takir dan sahabat handai dari luar DUN Seberang Takir, di samping ibu bapa dan para pelajar PASTI Al-Mawaddah.


Zakaria bersama AJK Cawangan dan tetamu


Maryani menyapa seorang tetamu



Tetamu muslimat



Pengerusi PASTI Al-Mawaddah, Ustaz Muda Abdullah (kiri sekali)



Penolong Pengarah 1 MTD Seb Takir, Dato' Dr Abdullah @ Abas Abu Bakar



Ibu dan ibu mertuaku



Ketua Pemuda Cawangan, Ahmad Suhail Zakaria



Para tetamu menikmati juadah hari raya



Haji Che Kamarudin sedang menemuramah seorang kanak-kanak

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana orangnya?

Naseh Ulwan berkata...

doh gambo2 2 bkn de org ke dallam?
ke mg bodo x leh beza org ngn menatang?
atau mg buta?
aku rase mg buta hati..sbb 2 mg susoh nk trime hok benor..

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

tanpa nama tu bkn nak ngate ngat..saje je nak wat provokasi..