PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

08 September 2009

Tarian Poco Poco - emel dari seorang sahabat



Assalamu'alaikum.

Pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN, secara paksa rela), iaitu tarian poco-poco.

Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis, membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini:

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan keizinan-Nya.


Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.


Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu, seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian pocoh-poco ini belum difatwakan haram lagi.


Marilah kita sama-sama fikirkan.


Masya Allah... penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.


Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.


Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikan' menarikan tarian ini.


WALLAHUA'LAM....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja tarian poco-poco berbentuk salib, jalan-jalan bersimpang empat yang kita lalui hari-hari juga berbentuk salib, sana salib, sini salib, dunia ini penuh dengan bentuk salib. Salib merupakan bentuk ciptaan Tuhan...Ada orang yang kerja lain tak ada, dia akan berfikir secara tanduk lembu, fikirannya sampai ke hujung tanduk dan tak dapat keluar dari sana lagi.

Jeng berkata...

Yang dipersoalkan sekarang ini perbuatan kita membentuk salib.Tarian poco-poco,memang gerakannya membentuk salib.Kalau nak bandingkan jalan simpang empat yang kita lalu memang tak serupa dengan tarian poco-poco.Tak ada pulak kita tengok orang naik kereta bila sampai simpang empat dia lajak,undur,belok kiri,undur kanan,lajak depan semula, undur pulak untuk membentuk salib serupa macam tarian poco-poco tuuu.Hanya orang gila saja buat kerja begitu.Tak tau lah saya,kalau Tanpa Nama naik kereta macam tu bila sampai simpang empat.
Loklak betul lah hang ni,nooo...