PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

01 September 2009

Usrah DUN ke Cawangan

Malam kelmarin, Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir mengadakan usrah mingguannya dan sempena bulan Ramadhan ini ia diadakan sekaligus melawat Cawangan-Cawangan tertentu.

Kali ini giliran Cawangan Taman Murni Permai, Tok Jembal, sebuah cawangan yang lokasinya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Majlis bermula pada jam 10 malam, sebaik selesai solat tarawih. Sebahagian besar anggota usrah yang terdiri daripada ahli jawatankuasa MTD hadir dalam majlis itu. Saya sendiri mengambil kesempatan hadir lebih awal untuk solat Isya' dan solat Tarawih di surau berkenaan, di samping menyampaikan tazkirah kepada para jamaah.

Usrah malam itu walaupun tidak ada pengisian khusus melalui teks yang selalu dibaca, tetapi perbincangannya cukup ceria melibatkan semua anggota yang hadir termasuk ahli jawatankuasa PAS Cawangan di situ.


Suasana begitu jelas menggambarkan ikatan ukhuwwah yang terjalin kukuh antara para anggota. Masing-masing melaporkan hal ehwal diri dan keluarga bagi dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.


Ada di kalangan anggota MTD yang baru, kunjungan ke surau itu adalah kali pertama. Sementara itu, ada seorang daripada yang turut hadir dalam majlis itu ialah warga baru di taman itu yang baru tiga minggu menetap di situ. Walaupun beliau sudah lama menjadi ahli PAS di satu cawangan dalam kawasan lain, tetapi tidak pernah aktif dan memegang apa-apa jawatan. Kita percaya beliau boleh dimanfaatkan bersama dalam cawangan taman itu.


Majlis disudahi kira-kira jam 11.30 malam dengan jamuan pelbagai juadah termasuk air cendol khas yang dibeli di Kota Bharu, Kelantan. Kami bersurai pada malam itu dengan hati yang seronok dan insya' Allah, minggu hadapan kami akan berjumpa lagi di Surau Ustaz Yong, Kg Seberang Takir.

Tiada ulasan: