Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 telah menghasilkan 10 resolusi. Perisytiharan resolusi di akhir ijtima' itu telah dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Resolusi, Dato' Husain Awang.
Resolusi tersebut adalah sebagaimana berikut:-
Menyedari ideologi dan sistem ciptaan manusia telah terbukti mengalami kegagalan, bermula daripada blok komunis, sosialis dan kini diikuti oleh sistem nasionalis dan kapitalis;
Menyedari globalisasi dan liberalisasi tajaan Amerika dan kuasa kuffar menjurus ke arah kezaliman, penindasan dan perhambaan manusia bentuk baru;
Menyedari sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya mengubah dan membentuk manusia yang sebelumnya jahil, ganas, liar dan zalim sehingga memimpin dunia dan menjadi contoh unggul dalam sejarah kemanusiaan;
Meyakini bahawa PAS telah membuktikan kecemerlangan melakukan perubahan ketika diberi amanah menerajui kerajaan Terengganu pada tahun 1999 - 2004 yang lalu;
Maka Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" yang diadakan pada 27 - 28 Syawwal 1430 bersamaan 16 - 17 Oktober 2009 bertempat di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu membuat ketetapan dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

- Setiap ahli parti mesti menggabungkan diri atau berintima' dalam saf perjuangan PAS Terengganu mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing, di samping terus meningkatkan ilmu agama dan pengetahuan dalam bidang pengurusan organisasi dan pilihan raya.
- Meningkatkan kesedaran dan pengorbanan kepimpinan dan ahli dalam bentuk pemikiran, masa, tenaga dan harta bagi menjayakan agenda perjuangan mengembalikan pemerintahan Islam di Terengganu.
- Memperkemaskan pengurusan tarbiyah dan kepimpinan dakwah dan politik dengan lebih tersusun, mantap dan berkesan pada semua peringkat bermula dari peringkat negeri, kawasan dan cawangan termasuk dewan-dewan dan lajnah-lajnah.
- Dalam usaha memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan parti; keperluan petugas-petugas sepenuh masa perlu ditambah dalam bidang-bidang tertentu; sehubungan itu, usaha memperkuatkan dana/kewangan jamaah perlu dipertingkatkan.
- Pencapaian semua peringkat organisasi PAS Terengganu perlu diukur dan dimuhasabah dari semasa ke semasa.
- Semua jentera parti hendaklah mendisiplin dan menyusun semual gerak kerja di semua peringkat agar ia selaras dengan perubahan iklim politik negara dan juga matlamat perubahan yang diperjuangkan.
- PAS mesti mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menyelamatkan generasi muda-mudi agar menjadi pewaris ummah.
- PAS hendaklah menguasai gerakan massa melalui institusi-institusi masyarakat bagi mendapat pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej, seterusnya mengembalikan 'mood' rakyat untuk menyokong PAS.
- Merobohkan tembok pemisah antara ahli PAS dengan mad'u dalam program memasyarakatkan PAS bagi meraih sokongan semua pihak.
- Merayu seluruh rakyat Terengganu untuk bersama PAS membuat perubahan ke arah Islam.
1 ulasan:
Syabas Ustaz Ya kerna berjaya mengendalikan majlis perasmian dengan baik.Hadir bersama kerluarga merupakan sesuatu yang sukar untuk dibuat oleh pimpinan dan mereka yang bertugas.
Catat Ulasan