PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

19 Oktober 2009

Gambar-gambar sekitar Ijtima' PAS Terengganu

Presiden PAS menerima tabik hormat dari Pred Komandan Unit Amal, Abdullah Abd Manan

Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 telah berjaya dilangsungkan pada 16 - 17 Oktober 2009 bersamaan 27 - 28 Syawwal 1430 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu.

Acara induk tahunan PAS Terengganu itu berlangsung dalam suasana gilang gemilang dengan dihadiri oleh hampir 5,000 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota beruniform yang terdiri daripada Unit Amal, Nisa' dan Briged Khidmat seramai 180 orang. Seterusnya pertunjukan seni silat oleh dua pasukan dari Kawasan Hulu Terengganu.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan ucapan-ucapan dari Pengarah Ijtima', Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib. Seterusnya ucaptama disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Sesi kedua pula ialah perbahasan ucaptama oleh wakil-wakil dari setiap Dewan peringkat Negeri (termasuk Nisa') dan PAS Kawasan-Kawasan serta Perantau.


Majlis diakhiri dengan perisytiharan resolusi oleh Pengerusi Jawatankuasa Resolusi, Dato' Husain Awang.


Presiden PAS memeriksa perbarisan Briged Khidmat

Presiden PAS memeriksa perbarisan Unit Amal

Antara anggota perbarisan Nisa'

Pertunjukan seni silat

Abdul 'Alim Zakaria mengalunkan bacaan al-Quran

Pengerusi majlis (Zakaria Dagang) memulakan acara perasmian

Presiden PAS melancarkan 4 sistem maklumat PAS Terengganu

YDP PAS Kawasan Kuala Nerus menerima anugerah Keahlian

Dari kiri: Ustaz Kasim Ahmad, Ustaz Ariffin Deraman, Zakaria Dagang dan Dr Mamad Puteh

Petugas Urusetia di meja pendaftaran

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beberapa catatan yang tak seronok di ijtima'

Lumrah manusia memang suka dipuji-puji. Akan gembira dan besar hatilah bila di puji, akan kecewa dan cepat marah beli di Komen dan diberi pandangan.


Beberapa catatan yang sempat saya tulis yang perlu diberi perhatian untuk ijtima' kali ini.

Namun begitu syukur dan tahniah kepada penganjur kerana PAS telah kembali berijtima' di Pengkalan sendiri.


Beberapa catatan yang sempat ditulis untuk diberi perhatian oleh penganjur:


1. Pentas utama sangat sempit, nampak sangat sehingga kelihatan pergerakkan pimpinan sangat terbatas.


2. Susunan kerusi peserta amat tidak urus dengan betul, sepatutnya masih boleh dimuat dengan banyak kerusi.


3. TV cc tidak disediakan secukupnya, dalam kawasan yang seluas itu hanya disediakan hanya 4 cc tv. Ramai yang tidak dapat melihat perjalanan ijtima'.


4. Pertugas pertugas yang berligar-ligar disekitar pentas seringkali membuattumpuan peserta terganggu.

5. Pertugas -pertugas lelaki tanpa segan silu merokok di tepi pentas.


6. Kebetulan Muslimat di letakkan dibawah asrama lelaki Kudqi, asrama lelaki tersebut amat kotor dan jijik.Sepatutnya sebagai tempat penginapan bakal-bakal ulama' tempat tersebut menjadi amat bersih dan selesa.[ditangga bangunan dipenuhi kotoran termasuk rambut yang digunting]


7. Kain layar sebelah muslimat tidak di dirikan dengan sempurna dan seringkali terbalik, saya sempat membilang layar tersebut terbalik sebanyak 6 kali dan hampir-hampir terkena barisan hadapan muslimat.[ PAS sedangmemainkan isu stadium dan masjid runtuh di Terengganu]


8. Buku ucaputama tidak dibahagi secara rata, akhirnya buku-buku menjadi terlebih, adik-adik nisa' perlu diberi taklimat yang sempurna didalam membahagikan buku-buku tersebut.


9. Makanan yang berlebihan, ini juga tidak diagih dengan sempurna. Mungkin kerana tugas pengagihan hanya diserah kepada pelajar Kudqi, sebelum ini tugasan tersebut di berikan kepada Unit Amal.


10. Pengendalian lalulintas juga telah diserahakan kepada unit amal yang masih baru, sementara anggota Unit Amal yang berpengalaman telah balik awal.


11. Seawal ijtima' bermula kawalan keselamatan kelihatan agak tersusun, namun selepas majlis perasmian oleh presiden suasana jadi terbiar.


12. Meja urusetia menjadi kosong selepas waktu zohor, maka tiadalah tempat untuk membuat rujukan dan pertanyaan kecuali di pentas utama menjadi tempat bertanya.


13. Kabel dan wayer tidak pasang dengan baik, berteraburan, hingga menggangu perjalanan.


14. Segelintir pertugas bersembang dan berbual-bual ditepi pentas dengan nada yang tinggi.


15. Tandas sementara juga agak tidak selesa, terutama kami yang bergelar muslimat.


16. Tiada keselarasan antara surau dan majlis, ketika peserta berucap bilal terus azan dan sedikit terganggu, atau pun kenapa ucapan peserta dimulakan selepas selesai azan zohor dan asyar. Tak kiralah macamana, yang penting ada penyelarasan.


17. Peserta masih tidak prihatin dan masih juga tidak berdisiplin dengan sampah.


18. Alat pembesar suara juga sekejap jadi sekejap tak dengar.


19. Ada pimpinan yang meninggalkan majlis seawal ijtima' bermula lagi.


.....maaf , tulisan ini amat berat untuk dicatat, tapi ku kuatkan juga hatiku ini untuk menulis kerana aku tahu dan semua peserta ijtima' sudah tahu " Berubah untuk kemenangan Islam".

Siapa yang mesti berubah? dibahu kita lah mesti berubah.

Ibni Gharib berkata...

Terima kasih atas pandangan membina yang saudari berikan. Semoga ia menjadi iktibar bagi program akan datang, insya' Allah.

abu muaz berkata...

Salam. Satu teguran yang sangat baik.Memang kita yang perlu memulai perubahan ini.Agama itu adalah nasihat.