PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 Oktober 2009

Hari ini genap 4 tahun Baiyyinah


Pada hari ini dalam tahun 2005, Allah SWT telah menganugerahkan kami anak kesembilan dalam keluarga ini yang kami namakan NUR RAHMAH BAIYYINAH. Bererti hari ini genap empat tahun usianya.

Anak bongsu(?) kami ini amat disenangi oleh kaum keluarga dan rakan-rakan. Celoteh dan telatahnya menyebabkan kami tidak kering gusi ketawa. Pertuturan dan tindak tanduknya dilihat lebih matang dari usianya.

Ke mana sahaja dia pergi, dia akan menjadi perhatian orang. Semua orang disapanya, walaupun baru pertama kali bertemu dan tidak dikenalinya.

Antara yang menariknya ialah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang, Bayyin dibawa bersama ibunya dalam kempen PRK itu selama beberapa hari. Kebetulan jiran markas kami adalah keluarga berbangsa India. Tiap-tiap hari Bayyin berada di tepi pagar menghadap rumah jiran dan menyapa wanita India itu yang dipanggil sebagai 'auntie'.


Mereka sangat rancak berbual. Apabila saya tanya, adakah 'auntie' itu faham apa yang diucapkan oleh Bayyin, dia menggeleng-geleng kepala. Sementara Bayyin pula bila ditanya turut menggelengkan kepala. Maknanya walaupun mereka begitu 'mesra' berbual, tetapi ibarat ayam dengan itik.


Selepas peristiwa itu, setiap kali berjumpa dengan orang India, pasti disapanya. Yang lucunya, dia turut menggayakan cara percakapan orang India. Jika berjumpa dengan wanita tua India, dia menyebutnya sebagai 'tok auntie'.


Baru-baru ini semasa kami menghadiri PRK Bagan Pinang, Bayyin sangat ceria dan aktif, maklumlah di Port Dickson, memang ramai warga berbangsa India. Habis semua disapanya, sehingga kerap kali dia 'hilang' semasa berada di pasaraya yang ramai jurujual dan pengunjungnya orang India.


Semasa PRK Bukit Gantang dahulu juga, Bayyin begitu berani menyapa anggota polis yang sedang bertugas di pusat pengundian, tanpa rasa takut sedikitpun. Macam-macam ditanya kepada anggota polis itu, sehingga mereka ketawa berderai-derai.



Satu lagi kegemaran Bayyin ialah bayi. Setiap kali berjumpa bayi pasti dicuitnya. Katanya, "geram sungguh, rasa nak cubit je". Tetapi apabila ditanya "nak tak adik?" Dijawabnya, "tak mahu". Mungkin kerana dia sangat selesa sebagai anak bongsu...


Bayyin juga cukup pandai bergaya, meniru pakaian orang dewasa. Dia selalu membanding-bandingkan pakaian yang dipakainya dengan apa yang dipakai oleh mak-mak saudaranya. Kadang-kadang sampai empat atau lima pasang pakaian sehari bertukar.


Semoga umur empat tahun genap bagi Bayyin ini akan turut mematangkannya dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Kami doakan semoga Bayyin terus membesar dengan keberkatan Allah SWT.


Cerita terdahulu tentang Bayyin boleh dilihat di sini.


video

2 ulasan:

Hares Takeery berkata...

Bayyiiiiiiiinnnnn...abreh sayang & rinduuuuu sgt Bayyin!!
sedap nye Bayyin nasyid..sbb pe mase abreh duk kat rumah, Bayyin x nasyid gitu..abreh nak dengar jugok suara merdu Bayyin. semoga Bayyin mbesar dlm keadaan sihat, rezeki melimpah ruah, & dlm keredhoan Alloh..serta disayangi Alloh & semua makhluq..ameen

abu muaz berkata...

Selamat hari lahir. Moga menjadi anak yang berguna untuk agama dan masyarakat