Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) meneruskan program induk tahunan yang secara tradisinya dianjurkan saban tahun sejak 1991 lalu, iaitu Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).
Secara peribadi, HIMPIT membawa nostalgia indah buat saya apabila ia pertama kali dianjurkan oleh DPPNT pada tahun 1991 di Pulau Duyung, Kawasan Kuala Nerus.
Nama HIMPIT itu sendiri adalah cetusan idea Cikgu Hussin Ismail yang ketika itu sebagai Naib Ketua DPPNT. Bagaimanapun, HIMPIT bukanlah program besar pertama yang menghimpunkan para pemuda di negeri ini. Sebelum itu, ia dinamakan ijtima' seperti Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah pada tahun 1988, Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Ke-2 (1993), Ijtima' Mustadh'afin, dan Ijtima' Perpaduan Ummah yang semuanya dianjurkan oleh DPPNT.
Saya terlibat dengan DPPNT sebagai ahli jawatankuasa sejak tahun 1985, sekaligus bertugas di Sekretariat DPPNT. Sementara pada tahun 1995 - 1999 saya diamanahkan sebagai Setiausaha DPPNT dan seterusnya sebagai Ketua DPPNT pada 1999 - 2001.
Terlalu banyak kenangan sebagai Urusetia Ijtima' dan HIMPIT yang diadakan itu, termasuk juga sebagai Pengarah di penghujung usia pemuda.
HIMPIT pertama diadakan pada 1991 di Pulau Duyung. DPP Kawasan Kuala Nerus diamanahkan sebagai tuan rumah. Kebetulan pula ketika itu, saya sebagai Ketua DPP Kuala Nerus.
Fokus dan pendekatan HIMPIT di peringkat awal penganjurannya ialah sejarah perjuangan Islam di Terengganu. Pulau Duyung yang terkenal dengan ulama' besar Terengganu pada zaman kegemilangan Islam di negeri ini, iaitu Tok Sheikh Duyong atau nama sebenarnya Haji Wan Abdullah. Beliau merupakan penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III, yang memerintah Terengganu dengan syariat Islam sebelum kedatangan penjajah.
Pada HIMPIT yang pertama itu, antara penumpuan utamanya ialah Pameran Sejarah PAS Terengganu yang akhirnya membawa kepada dokumentasi sejarah PAS untuk Sambutan 40 Tahun PAS (1991), Sambutan Jubli Emas PAS Pusat (2001) dan Sambutan Jubli Emas PAS Terengganu (2006).
Yang menariknya, PAS Negeri Terengganu mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pameran Sejarah yang dianjurkan oleh PAS Pusat sempena Sambutan 40 Tahun di Kedah dan Sambutan Jubli Emas di Kelantan. Kenangan manis bagi saya, ialah saya diamanahkan mengetuai panitia pameran kedua-dua pertandingan itu.
HIMPIT pada era saya sebagai Ketua Pemuda ditukar konsep kepada kerja-kerja kemasyarakatan melalui penglibatan para peserta yang terdiri daripada pemuda di seluruh negeri Terengganu. Selain itu, sesuai dengan orang muda, pendekatan program berbentuk sukan dan rekreasi memang tidak ditinggalkan.
Hari ini, HIMPIT datang lagi. Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman akan menjadi saksi himpunan besar pemuda Terengganu kali ini pada 29, 30 dan 31 Oktober 2009. Tahun ini DPPNT membawa suatu pendekatan baru selain mengekalkan konsep sebelum ini. Mereka meletakkan sasaran 10,000 pemuda sebagai peserta kepada HIMPIT kali ini. Maka lahirkan nama HIMPIT 10K.
DPPNT juga meletakkan objektif untuk menjadi detik terbaik bermulanya gelombang kebangkitan pemuda bagi memacu ke arah kemenangan Islam kelak. Selain itu objektif asal iaitu menggerakkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan petugas pemuda khususnya berhubung dengan kepentingan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara amali, serta memasyarakatkan pemuda dengan aktiviti kemasyarakatan dan dakwah.
HIMPIT 10K ini menampilkan tema yang sangat menarik iaitu "Mempersada Perjuangan - Orang Muda Geng Kita".
Selain ceramah perdana, HIMPIT kali ini mengenengahkan Konsert Orang Muda Geng Kita dengan menampilkan Kumpulan Inteam, Renggo (bekas rockers) dan Qasidah Darul Ulum pada malam keduanya.
Sementara itu, ikon anak muda Terengganu kini, Ustaz Azhar Idrus dibawa khas untuk menyampaikan Kuliah Dhuha Perdana HIMPIT 10K pada pagi Jumaat 30 Oktober 2009. Sudah tentu ia menjadi tarikan yang sangat kuat kepada sebahagian anak-anak muda hari ini.
Dengan susunan aturcara yang begitu menarik, apakah HIMPIT 10K ini mampu menarik pemuda-pemuda kita di setiap Cawangan di negeri ini untuk mencapai sasaran yang ditetapkan itu? Kita doakan semoga DPPNT berjaya dalam penganjuran HIMPIT kali ini, insya' Allah.

1 ulasan:
pertamanya saya melahirkan kesyukuran krn pas masih bertapak kukuh di trg..
keduanya tahniah di ats kejayaan anda selama memimpin dppnt selama 3 tahun, di mana di zaman andalah pas berjaya menawan trg, tahniah sekali lg!
tak sangka pula himpit pertama ialah pd tahun kelahiran sy!
doakn sy brjaya dlm usaha n mtlmt sy, insya ALLAH, sy bkl mnyusuri jalan yg anda pernah tempuh!
Catat Ulasan