Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang sudah berlalu dan keputusannya sudah diketahui. Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kerusi DUN tersebut dengan pertambahan majoriti yang lebih besar.
Para pemerhati melihat bahawa keputusan PRK kali ini agak jauh tersasar dari ramalan yang dibuat berasaskan PRK-PRK yang lalu. Ramai yang meramalkan bahawa kemenangan mana-mana parti adalah dengan majoriti yang tipis. Keputusan itu barangkali mengejutkan banyak pihak.
Walau apapun keputusannya, yang jelas bahawa PRK kali ini adalah yang terburuk bagi saya dengan banyak adegan keganasan yang dicetuskan oleh 'samseng-samseng' Umno/BN. Cuma agak malang kerana rakyat secara umumnya tidak diperlihatkan adegan-adegan itu melalui peranan licik media arus perdana. Mereka begitu bijak menutup atau menggunting (dalam istilah Lembaga Penapis Filem Negara) adegan-adegan ganas yang berlaku sepanjang PRK itu.
Kenyataan ini dicetuskan bukan kerana Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili PAS kalah dalam pertarungan kali ini, tetapi itulah hakikatnya. Semua itu kita boleh buktikan, walaupun pihak polis sendiri menafikan berlakunya adegan-adegan itu. Mereka turut bersekongkol dengan BN dan konco-konco mereka.
Polis yang dilihat cekap dalam banyak kes, tetapi menjadi 'betap' dalam kes yang melibatkan petugas dan penyokong PR yang dikasari dan diganasi. Memang betullah apa yang orang kata bahawa polis bertugas menjaga keselamatan Umno/BN dalam PRK ini, bukan menjaga keselamatan negara atau awam.
Beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh kempen PRK dan hinggalah kepada hari pembuangan undi semalam jelas memperlihatkan kepada kita bahawa Umno ini jenis ganas dan tidak bertamadun. Terlalu banyak provokasi yang dicetuskan oleh mereka dan tindakan mereka itu seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang dan tidak ada penguatkuasa undang-undang. Mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi memuaskan hati mereka dan para pemimpin mereka.
Maka berlakulah peristiwa penyerangan ke atas markas-markas PAS dengan bersenjatakan parang dan pedang sehingga ada yang cedera parah. Media arus perdana yang dikuasai oleh BN langsung tidak menyiarkan berita berkaitan, bahkan menafikannya pula. Sedangkan di pihak PR, mereka telah buktikan melalui gambar dan rakaman video.
Sebaliknya pula peristiwa lakonan oleh pelakon Tamil yang hebat pada hari penamaan calon diperbesarkan dengan sebesar-besarnya dalam akhbar dan TV. Sedangkan ia terbukti satu penipuan yang dunia seluruhnya tahu. Tetapi oleh kerana Umno ini jenis 'muka tak malu' serta tiada maruah dan harga diri, mereka sanggup menipu dunia, dan perkara itu terlalu kecil bagi mereka.
Kalau kita imbas kembali terhadap lapan PRK sebelum ini yang tujuh daripadanya dimenangi oleh PR, kejadian keganasan ini tidak berapa ketara. Mungkin kerana kawasan-kawasan berkenaan adalah kubu kuat PR. Kalau sebelum ini pernah berlaku dalam beberapa siri PRK sehingga ada penyokong PAS yang dibunuh oleh penyokong BN seperti di Lubuk Merbau dalam PRK Padang Terap di Kedah.
Begitu juga yang berlaku di Ijok, beberapa orang petugas PAS/PR yang cedera parah diserang oleh penyokong BN.
Maknanya, kita boleh faham bahawa di kawasan yang BN kuat, mereka berani bertindak ganas sehingga sanggup membunuh lawan mereka. Tetapi di kawasan yang PR kuat, BN tidak berani bertindak agresif dan ganas. Sementara PR pula bukan jenis yang suka buat kerja jahat seumpama itu. Maka amanlah dalam PRK itu. Nilailah sendiri.
Dalam posting ini ada disertakan gambar-gambar sekitar PRK Bagan Pinang.

9 ulasan:
silap tu... pergaduhan yang dimula oleh PAS.. saya ada masa tu...
Jangan gok wat pelawok atas darat kering!
mana mana pun memang gitu... memang berpunca oleh puak puak PAS.. dok cite pun orang tau.. dok payoh nak nafi lah...
betul tu... dia kata kat oran xpe.. kena kat dia x redha salalu... senang cite jangan kata kat orang baru orang x kata kita... ke guane us ya weh?
wei tanpa nama yg bodoh lg bangang!
dok soh wat serabut cni ah..
g ngampu ngn pemimpin umno mg yg sama bodo ngn mg 2..
mase kecek dulu xmboh mapuh..
besor ni mula r nyusoh kt org!
Pencacai tua angkat najis(pencacai umno) rela buat apa saja dan bercakap apa saja tak kira tipu ke pelawok ke,asalkan dapat upah. Itu lah kerja orang2 bebal yang tak tau menggunakan otak yang dikurniakan kepada mereka.
Pencacai tua angkat najis(pencacai umno) memang sanggup buat apa saja tak kira kerja menipu ke,cakap pelawok ke asalkan saja dapat upah. Memang tuulah perangai orang bebal yang tak tau menggunakan otak yang ada pada mereka.
slm,kpd tanpa nama,ingat,bila Allah bia seseorang tu dlm kesesatan dan dia senang dlm keadaan tu bukan bermakna Allah syg dia tapi sbb Allah nak dia rasa api neraka Allah...
tlg la brfikir guna iman...smpai bila anda nak tutup mata semata2 demi kesenangan dunia?
Saya masih ingat disekitar tahun 1980an Umno Terengganu menerbitkan buku bertajuk "Mencari kebenaran". Apabila disemak dan diamati kandungan buku tersebut ia merupakan potongan-potongan daripada surat khabar lama Berita Harian dan utusan Malaysia (tak termasuk Tamil Nesan & Nanyang Siang Pau kerana orang Umno tak faham). Rupa-rupanya begitulah caranya orang Umno mencari kebenaran dengan menggunting surat khabar lama mencari berita2 dari akhbar yang menghentam dan menfitnah pemimpin Pas lalu dikumpul dijadikan satu buku dan diedarkan kepada ahli Umno dan rakyat Terengganu. Umat Islam diseluruh dunia sejak zaman para Sahabat hingga sekarang mencari kebenaran dengan cara merujuk kepada AL-Quran,Hadis Nabi & Ijmak Ulamak tetapi ahli Umno mencari kebenaran melalui keratan berita2 dari surat khabar lama,DANGKAL sungguh pemikiran mereka ya...Kesian!.Bila agaknya mereka menggunakan akal untuk berfikir. Cara lapok Umno itu ditiru pula oleh Tanpa Nama untuk menyerang blog Ibnugharib dengan keratan akhbar2 lamanya.Kesian dia!Kesian dia!Kesian diaaa...!
Bila tengok iklan kat TV lori bawak surat khabar lama sambil memekik " suuurat khabar lamaaaa!!!" teringat saya pada Umno Terengganu dan Tanpa Nama.
Dangkal sungguh pemokiran mereka yaa!!!
Catat Ulasan