PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 Oktober 2009

Selamat Berangkat Jamaah Haji

Zakaria sedang menyampaikan ucapan

SEBERANG TAKIR - Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir mengucapkan Selamat Berangkat kepada para bakal jamaah haji dari DUN ini yang akan mula berangkat pada Khamis ini.

Ucapan itu disampaikan bagi pihak MTD Seberang Takir oleh Pengarahnya, Zakaria Dagang ketika berucap dalam Majlis Keraian Bakal Haji DUN Seberang Takir di Surau Al-Mawaddah dekat sini malam tadi.

"Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya dipilih untuk menjadi tetamu Allah dan bagi pihak MTD saya mengucapkan Selamat Berangkat, semoga selamat dalam perjalanan, dijauhkan dari halangan-halangan dan selamat menyempurnakan ibadat haji, seterusnya memperoleh haji mabrur," ujar Zakaria.

Beliau juga mengingatkan agar bakal-bakal haji ini mengikhlaskan niat kerana segala amalan adalah bermula dengan niat.


Katanya, bukan semua orang berpeluang untuk mengerjakan ibadat haji. Maka peluang dan kesempatan yang diberikan Allah ini mesti digunakan sebaik-baiknya agar kita benar-benar mendapat ganjaran haji mabrur yang dijanjikan syurga.


Dalam majlis itu, Zakaria turut menyampaikan sedikit cenderahati dari MTD kepada semua bakal haji yang diraikan.


Salah seorang bakal haji menerima cenderhati dari Zakaria

Tiada ulasan: