PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Oktober 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947.

Kebetulan juga tarikh yang sama pada tahun 1989 lalu adalah satu kegembiraan bagi saya dan keluarga apabila dikurniakan seorang puteri (anak keempat) setelah ketiga-tiga anak sebelum itu semuanya putera.



Anak itu ialah SITI MAWADDAH yang genap berusia 20 tahun pada hari ini.

Kehadiran Siti Mawaddah dalam keluarga kami sudah tentu menjadi penyeri kepada kehidupan kami. Dia merupakan anak sulung perempuan dalam keluarga ini dan mempunyai tiga orang abang.

Di kalangan keluarga, kami memanggilnya Siti. Perwatakannya sangat pendiam. Sejak kecil, dia tidak sangat aktif berbanding dengan abang-abang dan adik-adiknya yang lain.

Persekolahannya bermula di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hijrah, Kampung Duyung, Seberang Takir sejak berusia lima tahun. Selepas dua tahun berada di PASTI, dia dimasukkan ke Madrasah Darul Taqwa (Sekolah Rendah Islam) di Batu Enam, Kuala Nerus selama lima tahun.


Kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dalam Tahun Enam. Selepas itu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir selama lima tahun sehingga tamat Tingkatan Lima dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Habis sekolah, selama setahun Siti mengikuti kelas jahitan dan tamat tahap dua. Sekarang sudah boleh menjahit dan menerima tempahan pakaian wanita terutama pada hari raya.


Siti menjadi lebih istimewa apabila, PASTI yang ditubuhkan di Kg Teluk Ketapang pada tahun 2000 yang berhampiran rumah kami diberi nama PASTI Al-Mawaddah. Walaupun bukan semata-mata sempena namanya, tetapi nama itu dipersetujui bersama oleh Ahli Jamaah Pengurus PASTI tersebut.


Kemudian apabila dibina surau baru di Kg Teluk Ketapang pada tahun 2009 juga tidak jauh dari rumah kami, Jawatankuasa Surau turut sepakat menamakan Surau Al-Mawaddah.


Apabila dua institusi itu diberikan nama yang senama dengannya, maka sudah tentu dia berasa amat gembira. Mudah-mudahan juga ia memberi makna yang besar kepada kehidupannya, insya' Allah.


Selamat hari ulangtahun kelahiran untuk Dato' Seri Tuan Guru dan Siti yang jatuh pada hari ini. Moga-moga umur yang dikurniakan Allah itu penuh keberkatan dan hidup dalam rahmat Allah SWT.

2 ulasan:

Pozi ABB berkata...

ASSALAMU'ALAIKUM...
1- Didoakan agar Tuan Guru panjang umur murah rezeki...dikurniakan kesihatan amat baik untuk meneruskan perjuangan suci...AMIN!
2- Semoga Siti juga panjang umur, dianugerahkan seorang pemuda kental untuk memantapkan perjuangan suci...AMIN!
3- Juga Abg Yaa, teruskan perjuangan...tidak berhenti untuk apa sebab atau alasan sekalipun!

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

alolo..jurus nye siti..sanah helwah ya jameelah ke 20..selamat mhadapi liku2 hidup sorg isteri solehah..smoge siti bjaye d dunia & akhirat..abreh sayang & rindu sgt siti weh..