PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

06 Oktober 2009

Yayasan Terengganu 'sabotaj' sambutan mahasiswa baru di Mesir

KAHERAH - Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) melahirkan rasa kesal dan dukacita atas peristiwa sambutan mahasiswa baru di Mesir baru-baru ini yang didalangi oleh pegawai Yayasan Terengganu (YT).

Dalam satu kenyataannya, Yang Dipertua KPT, Mohd Shafizi Ismail (gambar) menyampaikan salam kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku ke atas KPT yang dinafikan hak untuk menyambut mahasiswa-mahasiswi baru yang tiba di Mesir beberapa hari lepas.

"Sebagai sebuah badan kebajikan anak-anak negeri (BKAN), maka semestinya badan ini bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan sesiapa sahaja dari kalangan anak-anak Terengganu yang berada di Mesir ini untuk mendapatkan pertolongan dan kebajikan daripada kami.

"Malangnya apa yang berlaku di sebaliknya, iaitu dinafikan hak oleh pihak yang berkenaan untuk menguruskan kedatangan mahasiswa-mahasiswi baru di bawah Yayasan Terengganu sepertimana kebiasaan yang berlaku zaman berzaman," ujar Shafizi.


Menurut beliau, kronologi yang berlaku bolehlah dirujuk kepada blog-blog yang disiarkan oleh ahli-ahli KPT untuk pengetahuan umum.


Beliau melahirkan kekesalan dan dukacita terhadap apa yang berlaku daripada peristiwa-peristiwa berikut:-


1. Amaran pihak berkenaan kepada salah seorang Exco KPT supaya tidak pergi menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menyambut mahasiswa baru.


2. AJK sambutan telah dilantik oleh pihak berkenaan daripada kalangan BUKAN anak-anak Terengganu (daripada kumpulan ISMA dan lain-lain).


3. Pengabaian kebajikan mahasiswa yang baru tiba:


- Terus dibawa jaulah ke sekitar Kaherah dan ke Sinai (yang sepatutnya diberi masa rehat terdahulu kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan dan sebagainya.


- Pengabaian terhadap makan dan minum sehingga ada yang mengadu lapar kepada kami.


- Tiada khidmat musyrif sepenuh masa sebagaimana yang disediakan oleh kami zaman berzaman yang menyebabkan keselamatan tidak terjamin.


4. Maklumat yang tidak tepat disampaikan kepada mahasiswa baru mengenai penempatan bahawa tiada kekosongan bilik di Asrama Terengganu kerana mahasiswa-mahasiswi lama tidak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Maka di sini saya nyatakan bahawasanya kami telah menyediakan bilik-bilik untuk penginapan kepada semua yang baru tiba termasuk juga kepada rombongan yang kedua tiba bukan seperti mana maklumat yang diberikan.


5. Pengabaian terhadap waktu-waktu solat menyebabkan sebahagian mahasiswa baru terpaksa menqadakan solat.


6. Menyembunyikan tarikh ketibaan mahasiswa-mahasiswi baru daripada KPT dan menyembunyikan program-program mereka daripada pengetahuan KPT, akan tetapi yang peliknya kenapa ia dipelopori oleh kumpulan-kumpulan ISMA dan orang perseorangan yang dipilih oleh pegawai dan bukan dari persatuan anak Terengganu sendiri?


"Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa seperti ini , KPT ingin menyatakan kekesalan dan amat dukacita terhadap kejadian ini yang sepatutnya ia tidak berlaku sekiranya tiada campur tangan dari pihak luar akan tetapi kerana campur tangan inilah berlakunya keadaan yang tidak stabil.


Kenyataan penuh di sini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPT tu kelab pas terengganu... jangan sia sia kan amana ibu bapa kamu nakkan supaya kamu g belajar

Tanpa Nama berkata...

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Tanpa Nama berkata...

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Tanpa Nama berkata...

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Ikan bilis berkata...

Awat hang dok melalok sorang2 ning!
Kalau hang "Tanpa Nama" masih dok pakai otak beku hang yang menjadikan Berita Harian & Utusan Malaysia sebagai kitab untuk rujukan , tak payah cakap banyak lah.Balik tidor lah...

kembara™ berkata...

[tanpanama]
hang memang BODOH...ISLAM itu untuk semua..bukan hanya untuk orang dewasa atau orang tua...klu ko xtau ape itu KPT[keluarga penuntut terengganu],baik ko diam...lagipun,tidak salah untuk kami berpesatuan,saya ulangi BERPESATUAN dan bukan berpolitik,saya ulangi BUKAN BERPOLITIK...so,dalam berpesatuanlah kite boleh belajar cara pengurusan...biar saye teka...tanpanama ni sekolah ke x ek??huhuhu..

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

walepak guh la tanpa nama ni..guane yg sumbat gitu seme tuh..ksian plok..haha

Tanpa Nama berkata...

kalau dok betul saman lah akbar tu