PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

21 Januari 2010

Kerajaan Terengganu tukar 48 pegawai

Dato' Mokhtar Nong, Dato' Mat Razali Kassim dan Dato' Adzlan Mohd Dagang

Berkuatkuasa pada 1 Februari ini, seramai 48 orang Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Terengganu terlibat dengan rombakan dan pertukaran besar-besaran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Alasan besar rombakan dan pertukaran ini mungkin ialah persaraan 'paksa' terhadap Dato' Mokhtar Nong selaku Setiausaha Kerajaan (SUK).

Antara yang terlibat dengan rombakan tersebut ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim. Beliau kembali semula ke Pejabat SUK sebagai Timbalan SUK (Pembangunan). Beliau bertukar jawatan dengan Dato' Adzlan Mohd Dagang yang dahulu pernah berkhidmat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya.

Antara pegawai yang menjadi 'mangsa' di zaman Menteri Besar sebelum ini, kini di'pulih'kan ialah Mustofa Abd Rahman yang ditukarkan dari Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) ke Pegawai Daerah Dungun. Begitu juga Tuan Mamat Tuan Ngah yang di'jeruk' sekian lama di Pejabat SUK, kini kembali menjadi Pegawai Daerah Besut yang pernah disandangnya semasa zaman pemerintahan PAS dahulu.

Beberapa pegawai pula dilihat di'turun'kan pangkat, seperti Dato' Mohd Alim Muda, Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang tinggal setahun sahaja lagi untuk bersara telah diturunkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Skills Development Center (Kolej TESDEC).

Seorang lagi, Zulkifli Mohamad, Pegawai Daerah Dungun turun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECER Terengganu. Begitu juga Husain Embong, Timbalan SUK (Pengurusan) diturunkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU).

Sementara yang dinaikkan pangkat ialah Osman Muda, dari Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ke Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut setelah penyandangnya Dato' Abd Razak Ismail dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Antara yang menarik dalam rombakan kali ini ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail bertukar ke Yayasan Islam Terengganu. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Makro) UPEN. Jawatan Pengarah Yayasan Terengganu diisi oleh Aziz Mamat yang sebelum ini sebagai Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Kalau zaman PAS memerintah dahulu, pertukaran pegawai ini dijadikan antara isu besar yang dieksploitasikan oleh pembangkang ketika itu (Umno/BN). Tetapi bagi Umno/BN, mereka boleh mencipta pelbagai alasan. Hakikat sebenarnya pasti ada sesuatu di sebalik pertukaran ini yang menjadi aspirasi dan kehendak pemimpin tertinggi negeri ini.

Yang pasti, akan ada yang bergembira dan tidak kurang pula yang berduka serta berkecil hati...

Tiada ulasan: