PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

25 Januari 2010

PAS terbuka terima teguran

KUALA TERENGGANU – Individu yang mendakwa PAS ‘malap’ dan pemimpinnya pula tidak melaksanakan program memperkuat parti berkemungkinan besar bukan ahli PAS ataupun ahli tidak aktif.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Zakaria Dagang berkata, PAS kini rancak melaksanakan pelbagai program di seluruh negeri ketika ini dalam usaha memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu berterusan.

“Jika dia ahli PAS dan sentiasa mengikuti program kita, dia akan tahu betapa pemimpin tidak menang tangan tanpa mengira siang dan malam untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Kita juga tidak menolak, mungkin individu ini juga ahli PAS tidak aktif yang tidak mengambil tahu perkembangan parti dan program dilaksanakan. Hari ini (semalam) juga banyak program,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, katanya, PAS tetap terbuka dengan sebarang teguran tetapi meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang kenyataan tanpa melihat kepada realiti perkembangan PAS yang berlaku ketika ini.

Petikan: Sinar Harian

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ust.,

kaedah jwapan cara lama masih lagi diguna pakai oleh kita.

iye...mgkn andaian ust. betul yang individu tersebut bukan ahli PAS, @ ahli PAS yg tidak aktif, tp apabila jwpn balas yg ust. berikn menunjukkan kite sbnrnye tidak open dlm menerima teguran. rasa 'panas' bile dikritik masih lagi dpt dirasa.

mgkn cara jwpn yg boleh diberikn lebih kearah meraikn org yg komen, & pd masa sama nyatakn aktiviti2 kita jlnkn jika kita dh sehabis mgkn beraktiviti, kemudian bgtau yang kite akan melipat gandakan lg g/kerja supaya benar2 Islam dpt kembali bersinar di Terngganu.

Ibni Gharib berkata...

Terima kasih atas teguran sdr itu. Apa yg saya sebutkan adalah hakikat atau realiti sebenar kegiatan PAS sekarang. Masalahnya sebhg org tidak nampak krn tidak terlibat atau tidak ambil tahu. Apatah lagi, banyak program kita tidak dibuat liputan oleh media.

Maksud kita terbuka dan sedia terima teguran itu ialah kita terima sebagai muhasabah kpd kita. Memang kita tidak kata kita dah sempurna. Kita cuma perbetulkan tanggapan atau persepsi yg tidak betul yg digambarkan oleh sebhg org.

Apa2 pun terima kasih atas pandangan sdr itu.

Tanpa Nama berkata...

Salam ..
Bukan ana nak bela 'Tanpa Nama' tp dah Ust Zakaria kata orang yg komen tu berkemungkinan bukan ahli Pas atau ahli Pas yak aktif..maknanya segala mesej/program/aktiviti PAS hanya berkisar kpd ahli sahaja dan ahli Pas itu ialah ahli yang aktif..manakala ahli Pas yg tidak aktif dan yg bukan ahli Pas atau yg ada kecondongan kpd Pas, mereka tidak akan tahu apa program/mesej/aktiviti Pas..oleh yang demikian..dapatlah saya,Tanpa Nama dan Ustaz sendiri buat keputusan..Pas tak kan ke mana..perjuangan, misi dan visi Pas takkan ke mana..hanya berlegar di sekeliling ahli2 Pas yang aktif sahaja..UmNO berusaha tambah pengaruh&ahli dgn menarik pengundi atas pagar & pengundi Pas sendiri utk menyokong UmNO...dan nampak gayanya Pas (terutama di Kuala Nerus dan Terengganu amnya) hanya berusaha mengekalkan undi dari pengundi tegar Pas tanpa berusaha mendapatkan undi atas pagar dan undi ehsan dari penyokong UmNO...bukan salah pengundi atas pagar atau silents pointers yg tidak akan mengundi Pas tetapi salah Pas yg hanya beraktiviti/bermesej/bergerakerja di kalangan ahli Pas sahaja (itu pun ahli yg aktif)

Ibni Gharib berkata...

Terima kasih atas pandangan sdr itu.

Tanpa Nama berkata...

sy mintak maaf ust...mgkn sbb apabila bc press sttmnt ust. diatas, kita masih mggunakn kaedah kite sgt mudah & cepat menghukum, spt kite ni mmg betul2 sempurna, sdgkn ust. ade menyatakn yg mmg kite tidak sempurna. kadang kala, org pun jd mintak maaf ckp, mnyampah dgn kite yg tidak prnah mahu sdikit merendah diri. jwpn bg sy sdikit mrndah diri...tp jgn smpai dihina.

mgkn yg menimbulkn persoalan diatas betul2 ikhlas nak menyatakn mmg progrm PAS malap, malap mungkin maksudnye spt yg Tanpa Nama diatas nyatakn, malap dr segi tidak mnyeluruh, utk org atas pagar, utk org umno, ttp hya berlegar disekitar ahli...ahli yg aktif shj.

walaupun kite nampak sesuatu komen itu sinis & prejudis...tetapi bg say, apabila kite dapat mempositifkn komen sinis tersebut, ia mungkin dpt memberikn satu faedah yg tersgt besar terhadap g/kerja kita.