PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 Januari 2010

Ustaz Yusof kemalangan

KUALA NERUS - Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Yusof Abu Bakar terlibat dengan kemalangan jalan raya Selasa lalu dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 6.30 petang di persimpangan jalan masuk ke rumah beliau di Kg Baru Seberang Takir. Ustaz Yusof bersama seorang cucunya sedang menunggang motosikal, tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang remaja berumur 16 tahun.

Ustaz Yusof yang juga Ketua PAS Cawangan Kg Baru Seberang Takir yang patah peha dan cedera di kepala ditempatkan di Wad 4EF HSNZ. Keadaanya stabil.

Hari ini, rombongan PAS Kawasan Kuala Nerus diketuai oleh Yang Dipertuanya, Ustaz Abu Bakar Abdullah menziarahi beliau di HSNZ. Turut serta ialah Setiausaha PAS Kawasan, Tuan Chik Tuan Muda dan Ketua Penerangan, Zakaria Dagang.

Ustaz Abu Bakar bagi pihak PAS Kawasan turut menghulur sumbangan kepada Ustaz Yusof.

3 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam. Semoga ustaz cepat sembuh.

Hares Takeery berkata...

syafahuAlloh syifa-an kamilan

Kedai buloh besor kali berkata...

Kita doakan bersama semoga Ustaz Soh cepat sembuh dan kembali aktif memberikan sumbangan kepada Jemaah Islam...