PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 Januari 2010

Selamat hari lahir, ibu kepada anak-anakku!

10 Januari datang bertandang lagi. Tarikh ini tetap menjadi ingatan abadi buat kami sekeluarga. Pada tarikh ini pada tahun ini (2010) genaplah usia 48 tahun ibu kepada anak-anakku ini.

Sesungguhnya beliau adalah inspirasi kepada saya dan anak-anak yang seramai sembilan orang ini. Saya berasa amat bahagia menjadi suaminya dan anak-anak pula berbahagia beribukan beliau.

Banyak keistimewaan yang dimiliki olehnya yang dianugerahkan Allah kepadanya yang mungkin tidak perlu saya sebuatkan di sini secara satu persatunya. Kami sekeluarga memang merasai keistimewaan-keistimewaan itu.

Beliau sangat bijak menelah sesuatu, dan jarang sekali telahannya meleset. Detik hatinya biasanya tepat. Mungkin kerana beliau sentiasa dalam keadaan terpelihara dari kemungkaran sejak dari kecil.

Kebahagiaannya adalah kebahagian kami bersama. Kami turut berkongsi suka duka dalam kehidupan ini. Senyumnya pasti menambat hati kami dan kami akan turut sama tersenyum. Payah untuk orang berkecil hati dengannya.

Jiwanya sangat sensitif. Apabila berbicara sesuatu atau menyampaikan ucapan, air mata selalu menemaninya. Barangkali itu tanda keikhlasannya.

Hari ini usianya sudah 48 tahun. Tetapi sebahagian besar orang yang menemuinya tidak percaya dengan umurnya, apatah lagi apabila diberitahu sudah beranak sembilan. Kami sendiripun tidak tahu apa 'pakaiannya'.

Semoga umurnya yang telah berlalu itu telah mendapat keberkatan dari Allah dan begitu juga dengan umur yang bakal dianugerahkan Allah seterusnya. Semoga terus berjaya mendidik sembilan orang anak yang menjadi permata berharga ini sebagai anak-anak soleh yang bakal mewarisi perjuangan dan bakal menyelamatkan generasinya, insya' Allah...

4 ulasan:

su ha berkata...

Untung tuan memmpunyai isteri seperti ini. Selamat hari lahir.

Kedai buloh besor kali berkata...

Selamat menyambut hari lahir kepada isteri sahabat lama ku(juga bekas ketua pelajar sekolahku),kakak kepada rakan sekolahku,saudara Azhar,apa cerita beliau sekarang.Juga merupakan kakak kepada teman sepermainanku,saudara Nazir(berapa orang dah anak llening...).Semoga tabah menjadi benteng pembentuk generasi beriman dan bertaqwa,insya'Allah.

Ibni Gharib berkata...

Azhar dah berhenti kerja di PMINT dan buat berniaga sendiri. Nazir pula ada syarikat sendiri dan punya 6 anak. Berulang-alik ke Kuantan kerana isteri & anak2 di sana.

Hares Takeery berkata...

salam 'eid milad ke48!! anakda doakan:-
- agar mak dapat capai matlamat yg diimpikan dlm hidup.
- moga mak jadi manusia terhebat, hamba tersoleh, isteri tercinta, & ibu tersayang.
- moga mak kekal menjadi sayap kiri perjuangan AYAH hingga ke akhir hayat.
- moge Alloh panjangkn umur mak dlm keadaan sihat & penuh berkat.
- moga mak disayangi Allah & semua makhluk d langit & bumi.
- sepertimana Allah kumpulkan ares, mak, & keluarga di dunia ni bersama2, begitulah juga Dia akan kumpulkan kita dalam syurgaNya di akhirat sana, insyaAlloh...amin ya Robb!!

>> ares bangga ada ibu seperti mak. ares sayang & rindu sangat ke mak!!