PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

17 Februari 2010

Ceramah Ustaz Idris malam ini

SEBERANG TAKIR - Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir akan mengadakan satu ceramah umum sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok PAS Cawangan DUN Seberang Takir pada malam ini (Rabu malam Khamis) di Kg Duyung dekat sini.

Ceramah akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Turut menyampaikan ucapan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Majlis yang dijangka bermula jam 9.30 malam itu diadakan di Markaz Tarbiyah Islamiyyah Seberang Takir (MARTIS).

Perasmian mesyuarat agung itu melibatkan 12 Cawangan di DUN ini, di mana pertama yang akan mengadakan mesyuarat agung ialah Cawangan Telaga Daing pada 19 Februari 2010. Sementara Cawangan terakhir pula ialah Cawangan Hulu Takir pada 12 Mac 2010.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah "Pembangunan" ala-Pakatan Rakyat, ceramah memecah belahkan rakyat, berdemontrasi melampau, menuduh itu dan ini serta lain-lain lagi. Kalau dibandingkan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, jauh sangat bezanya, Barisan Nasional penuh karisma dan berkualiti dalam pentadbiran negara, tetapi Pakatan Rakyat suka mencari populariti murahan serta berbuat benda sesuka hati hingga tergugat keamanan dan kesejahteraan negara untuk politik. Politik ala-Budak-Budak Pakatan Rakyat ini tak akan ke mana, bukan setakat menjadi melukut di tepi gantang, malahan sikap sedemikian menjadi parasit yang merosakkan masyarakat. Apa tidaknya bertindak melulu bila ada peluang politik, kesan jangkap pendek, sederhana dan panjang terhadap rakyat mereka tak peduli. Kalaulah mereka ini mentadbir negara, tunggang langganglah Malaysia jadinya. Dalam berpolitik, patutnya pentingkan negara, bukannya dengki dengan bangsa sendiri hingga buat tuduhan melulu hingga bangsa dan negara mendapat bencana akibat tingkah laku sembrono sedemikian. PAS perlu lihat semula dirinya, apakah PAS, malahan DAP dan PKR mampu bertindak seperti Barisan Nasional yang telah berjaya memandu Malaysia menjadi negara yang sejahtera dan makmur? Lihat sajalah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sekarang ini bersepah-sepah masalah ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat, daripada sedikit tersimpul, sekarang ini keadaan di negeri-negeri berkenaan sudah kusut teruk sangat, kesannya rakyat yang jadi mangsa, ada balai raya kena rampas, kedai kena roboh, pusat kegiatan penduduk kena roboh, larangan untuk menghalang pengunaan arak dan judi di Shah Alam dan lain-lain. Kononnya negeri tersebut tak maju sebab kurangnya dana, kurang apa kebendanya lagi, cukai yang diperolehi negeri berjuta-juta setahun, bukan seringgit dua, jadi apa dibuat dengan duit itu? Pembangkang yang berkualiti perlu untuk menjadi pemantau kepada kerajaan, tetapi kalau pembangkang tepi jalan macam Pakatan Rakyat, tak ada pembangkang pun tak apa, selamat berjuang Barisan Nasional.