KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun menyedari kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Khamis lalu memberi peluang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menambah kekuatan di negeri itu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang berkata, masing-masing akan menjalankan usaha merebut kerusi itu.
PR akan pertahankan kawasan itu sebagai kawasan yang telah dimenangi kita sebelum ini dan kita yakin rakyat akan memberi sokongan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.
Khamis lalu, Zainal Abidin, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya pada jam 9.27 malam di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, di sini.
Zainal Abidin bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengalahkan calon BN daripada MIC, Datuk G Palanivel pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Selain itu, Zakaria percaya, dengan pelbagai isu yang berlaku ketika ini, rakyat akan terus memberi keyakinan terhadap PR melalui pentadbiran PR di negeri itu.
Mengulas lanjut, beliau menganggap kritikan pihak tertentu terutama Ahli Parlimen terhadap PR sebagai perkara biasa dan tidak akan menjejaskan usaha PR.
Beliau berkata, situasi ahli politik memburukkan antara satu sama lain yang berbeza fahaman politik sebagai fenomena biasa dalam negara.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya mana-mana pihak tidak perlu melatah sekiranya ada perancangan pihak tertentu menggugat kepercayaan rakyat melalui cerita negatif.
"Itu sudah menjadi usaha daripada mana-mana parti dan kita perlu menanganginya dengan baik," katanya.
Menurutnya, PAS dan parti lain dalam PR sentiasa melakukan pendekatan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat parti tercapai.
Beliau berkata, semua pihak perlu 'badi dang' (kejar mengejar) dalam menentukan nasib parti masing-masing, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil, malah dalam pilihan raya umum.
Sumber: Sinar Harian

4 ulasan:
Berapa agaknya jumlah duit yangakan ditaburkan oleh BN ye?
Tengok jelah nanti,tapi dia orang tak pernah mengaku pun.
Parlimen Hulu Selangor mengundi lagi.Kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya maka akan terdengar isu pengundi hantu yang hangat diperkatakan.Ada pihak mendakwa memang wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih atau yang keluar mengundi pada hari mengundi.Ada pula pihak yang bermati-matian mengatakan tidak wujud pengundi hantu,yang ada hanyalah pengundi yang sah.Mereka adalah pengundi berdaftar yang tinggal diluar kawasan mengundi dan mereka pulang untuk menunaikan hak mereka pada hari mengundi.Berlakulah perdebatan yang hangat dengan hujah masing-masing.Pihak yang mendakwa wujud pengundi hantu tetap dengan hujah mereka kerana kehadiran pengundi-pengundi ini sangat mencurigakan.Mereka dikatakan bukan berasal dari kawasan tersebut dan tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan penduduk setempat yang diguna pakai alamat pendaftaran mereka.Lebih-lebih lagi apabila pengundi-pengundi tersebut didaftarkan hampir 10 orang pada alamat yang sama.Keadaan yang mencurigakan ini mendapat bantahan yang hebat daripada pihak yang tidak berpuas hati.Akhirnya penyiasatan dikatakan telah dijalankan dan semakan telah dibuat dengan adil.Mereka diistiharkan bukan 'pengundi hantu' kerana meraka bukan dari spesies hisap darah seperti drakula.Mereka juga tidak pernah tinggal dikubur,mereka tidak tinggal di pokok-pokok besar,mereka tidak duduk dihutan,mereka tidak tinggal dilaut.Mereka bukan jenis makhluk yang mengilai ditengah-tengah malam,mereka tidak boleh terbang seperti hantu penanggal.Mereka tidak makan asap mereka tak makan tulang cuma makan sup tulang sekali-sekala.Mereka tak boleh diseru dengan jampi serapah tapi boleh diseru dengan duit.Maka mereka diistiharkan sebagai bukan pengundi hantu.Yang istimewanya mereka dikawal dan dijaga keselamatan mereka hingga sampai ke peti undi. Agaknya mereka sesuai dipanggil pengundi upahan atau pengundi tajaan kerana seolah-olah kehadiran mereka ditaja untuk memenangkan calon-calon tertentu,kemungkinan kemenangan yang telah dirancang kot(gamoknya lah).
Balek kampong penuh bermakna...
Pada 17/3/10 baru-baru ni,saya berkesempatan balek kampong tapi bukan untuk mengundi kerana tiada pilihan raya diadakan disana.Tujuan utama ialah untuk menghadiri majlis kesyukuran dirumah Ustaz Zakaria Dagang sempena perkahwinan dua orang anak beliau.Tahniah kepada Ustaz Ya kerana mendapat dua orang menantu serentak,semoga berkembang lah ahli Jemaah Islam. Majlisnya cukup meriah sehingga ada tetamu yang terpaksa berdiri menunggu giliran untuk menjamu selera.Sempat saya bersalaman dengan sahabat lama(Ustaz Ya),wajahnya cukup ceria dan riang seperti zaman remaja dahulu.Dalam kesibukan kehadiran para jemputan saya mengambil ruang menjenguk bahagian dapur,disitu kelihatan rakan sekolahku saudara Azhar dan teman sepermainanku saudara Nazir dengan kerja yang putus-putus,masing-masing tak menang tangan,terlalu sibuk kerana mendapat dua orang anak saudara .Kami cuma sempat bertegur sapa sepatah dua.Dalam kesibukan dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan,sempat juga Nazir mengutuk kawan lama.Katanya"Kalu nak makan ambik daging mentah masak sendiri" pada hal dia tahu saya mmemang tak tahu masak walaupun ayah seorang tukang masak.
Keesokannya saya melapangkan masa menziarah Ustaz Soh yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini.Dah semakin semboh nampaknya beliau. Seperti dahulu suka bercerita dan memberi nasihat terutamanya hal-hal anak-anak kecil.
Sebelum pulang sempat juga saya menziarahi Ustaz Awang Jidin di Gucil.Sudah hampir 25 tahun tidak bertemu,wajahnya banyak berubah mungkin keadaan beliau yang uzur sekarang ini menyebabkan kelihatan seperti itu.Teringat semasa zaman remaja dahulu,seringkali juga saya tidur disurau Ustaz Awang bersama kawan-kawan.Diwaktu itu Ustaz Awang Jidin yang terkenal dengan pidatonya yang berapi-api sangat mesra dengan orang ramai.Senyuman yang tidak lekang dari wajahnya menyebabkan beliau cukup rapat dengan anak-anak muridnya.
Kami bersalaman,beliau menggenggam tangan cukup erat dan begitu lama seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Dari renungan mata,riak diwajah dan gerak bibirnya terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan.Tapi ia berlalu tanpa sepatah kata yang diucapkan.Apakah rahsia yang dianugerahkan kepada Ustaz Awang Jidin hanya Allah sahaja yang tahu.Kita doakan semoga Ustaz Awang Jidin semakin sihat pada hari-hari yang akan datang. Ameen!!!...
Catat Ulasan