PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

09 Mac 2010

Semua ahli dan penyokong mesti hadir

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan menganjurkan satu program yang dinamakan "Kuliah Maghrib Khas dan Solat Hajat Perdana" pada 11 Mac 2010 (Khamis) ini di Masjid Rusila, Marang.

Kuliah Maghrib Khas itu akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, selain dari turut memimpin solat hajat perdana selepas itu.

Semua ahli dan penyokong PAS diwajibkan hadir menjayakan majlis tersebut. Jangan sampai ada yang tertinggal, kecuali uzur syar'ie. Rugi besar bagi orang yang tidak dapat hadir.

Pada malam tersebut, semua masjid dan surau yang dikuasai oleh PAS di seluruh negeri Terengganu mesti membatalkan semua program sama ada yang tetap atau semasa, dan hanya ada satu majlis sahaja pada malam itu, iaitu di Rusila. Kecuali kalau ada yang rasa dia lebih besar dan lebih hebat dari Presiden PAS.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust Ya,
Ramai sangat dah org PAS rasa lebih besr dan lebih hebat dari Presiden.

Ya Rabbi... berkata...

.....para akhir tu macam sombong je bunyi...! terhebatkah kita di sisiNya..???

Ibni Gharib berkata...

Ini maksud dalam konteks PAS sahaja, tidak berkait dengan orang di luar. Jangan terperasan pula. Tujuan kita supaya semua sekali ahli-ahli dan penyokong PAS hanya tumpu kepada program itu sahaja pada malam tersebut. Maaflah kalau ada yang terasa!