Beberapa malam lepas semasa saya sedang memandu kenderaan membawa salah seorang anak ke klinik kerana demam, terdengar dari corong radio satu kuliah maghrib yang disiarkan secara langsung dari Masjid Abidin (Masjid Putih), Kuala Terengganu.
Kuliah tersebut disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Terengganu yang tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Topik yang dibincangkan ialah berkaitan dengan keruntuhan akhlak anak-anak.
Secara keseluruhannya pengkuliah semata-mata menyalahkan ibu bapa dalam perkara berkaitan akhlak anak-anak yang menjadi tanggungjawab penuh mereka. Memang kita tidak nafikan bahawa ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencorakkan seseorang anak sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW:
(Maksudnya): Setiap anak yang dilahirkan adalah bersifat fitrah (suci bersih). Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
Apa yang menarik perhatian saya dari isi kuliah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti itu ialah apabila pada akhirnya beliau menyebut bahawa kerajaan yang memerintah tidak bertanggungjawab sedikitpun terhadap anak-anak yang di bawah didikan kita itu.
Beliau menyebut, "Bagaimana sebuah kerajaan itu hendak diseret di Padang Mahsyar untuk disoal tentang sesuatu tanggungjawabnya."
Saya tidak pasti apa yang beliau faham dengan "kerajaan" sehingga seolah-olah habis riwayatnya di dunia ini sahaja dan tidak boleh dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Adakah pada faham beliau kerajaan itu sejenis tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang memang tidak ada sifat mas'uliyyah untuk dibicarakan di hadapan Rabbul-Jalil nanti?
Bukankah kerajaan itu adalah makhluk yang sejenis dengan Tuan Timbalan Mufti juga yang nantinya akan disoal di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar?
Apakah Tuan Timbalan Mufti hendak menafikan sebuah hadis yang lain yang disebut oleh Rasulullah SAW:
(Maksudnya): Setiap kamu adalah pengembala (penanggungjawab) dan setiap kamu akan disoal tentang siapa yang dipertanggungjawab (rakyat) di bawah kamu.
Bukankah kerajaan itu berperanan dan bertanggungjawab untuk mendidik rakyat supaya bukan sahaja menjadi warganegara yang baik (pada fahaman mereka) tetapi menjadi muslim dan mukmin serta bertaqwa kepada Allah SWT.
Apa yang jelas hari ini, dalam konteks kerajaan Malaysia, telah nampak kegagalan kerajaan untuk membentuk akhlak rakyat, sehingga gejalan sosial berleluasa tanpa sempadan dan tidak dapat disekat lagi. Terlalu banyak program negatif yang sebahagiannya dianjurkan oleh kerajaan sendiri atau diberi kebenaran oleh kerajaan yang membawa kepada unsur-unsur keruntuhan akhlak.
Apakah dalam keadaan seperti ini kerajaan tidak boleh dipersalahkan langsung? Apakah mereka tidak ada saham dalam perkara ini?
Kalaupun Timbalan Mufti hendak mengampu kerajaan, janganlah sampai menggadai prinsip. Kita takut kenyataan beliau itu boleh membawa kepada kesesatan orang ramai.
Kalau apa yang saya sebut ini tidak betul, tolong perbetulkan.

1 ulasan:
itu timb mufti tu siapa?...dia kakitangan kerajaan ker kakitangan haiwan atau kakitangan tumbuhan....
kalau kakitangan kerajaan @ kerajaan tidak boleh dipersoalkan...sahlah dia mengaku dia tu kakitangan haiwan atau tumbuhan....
dia ni keluaran u mana atau pondok mana dia ni?....dapat sijil...diploma...ijazah beli ker?....
anak mencuri...bapak penjarakan dia..anak merempit bapak tangkap dan saman sendiri..anak rogol makwe bapak tangkap dan sebat sendiri...anak jadi mufti bedal wang zakat bapak dakwa sendiri...
PASAL APA?..PASAL KATA TIMB MUFTI NI KERAJAAN TAKDER KENA MENGENA....
APA BARANG NI TOK PETI?...HANCUSSSSSS ....
kah kah kah kah kah kah....
Catat Ulasan