PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

28 April 2010

Selamat berangkat kembali ke bumi ambiya'

Selamat berangkat kembali ke bumi ambiya' kepada anak ketiga kami, Abdullah Haris. Kami sekeluarga menghantar beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Telaga Batin, Seberang Takir pada petang tadi.

Abdullah berangkat kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian dalam bidang syari'ah di Universiti Al-Azhar, Mesir setelah pulang bercuti selama hampir satu setengah bulan di tanah air.

Kepulangan beliau ke tanah air pada 16 Mac lalu ialah kerana meraikan perkahwinan dua orang saudaranya, Ahmad Suhail dan Siti Mawaddah.

Alhamdulillah, sepanjang berada di kampung dalam tempoh itu, hampir setiap malam dan sebahagian siang beliau memenuhi program kuliah di masjid dan surau, sama ada di kawasan sekitar Seberang Takir dan luar kawasan ini. Di Seberang Takir antaranya ialah Masjid Kg Batin, Surau Al-Mawaddah (Teluk Ketapang), Surau An-Nur (Teluk Ketapang), Surau Mat Jaafar (Seberang Takir), Surau Ayah Hitam Wan Ali (Kg Baru), Surau Haji Wan Ngah (Kg Duyung), Surau Ustaz Yong (Seberang Takir), Surau Taman Permint Perdana (Kg Batin) dan Surau Tok Mel.

Di luar Seberang Takir pula ialah Masjid Merbau Patah, Masjid At-Taqwa Batu Enam dan Surau Haji Yusof, Batu Buruk.

Beliau yang berwatak periang dan suka berjenaka menyenangkan kami sekeluarga, bahkan rakan-rakan dan jiran-jiran di kampung. Banyak kerja yang beliau dapat lakukan pada setiap hari yang sudah tentu sangat meringankan kami sekeluarga.

Abdullah juga sempat hadir ke hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan menyertai program kempen bersama petugas Terengganu di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam.

Sepanjang berada di kampung ini, banyak juga rezeki yang beliau peroleh. Dengan sifat pemurahnya, sebahagian besar dari sumbangan yang diterimanya itu diserahkan kepada ibunya. Memang sifat beliau tidak lokek dengan apa yang ada padanya.

Ketiadaannya di sisi kami sangat kami rasai.

Kami sekeluarga mengucapkan "Selamat Belajar" kepada Abdullah Haris dengan iringan doa semoga berjaya membawa pulang kejayaan cemerlang pada tahun hadapan setelah tamat pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar.

2 ulasan:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

Selamat tinggal 'SEBENTAR' mak, ayah, nenek², datuk, abang², adik², pak² & mak² sedare, sepupu², rumah comey, kampung halaman, kawan², pakcik², makcik², orang² kampung, & semua yg mengenali & membantu saya. doakan sokmo keselamatan, kesihatan, & kejayaan saya. bebanyak time kasih atas bantuan & sokongan kalian. Alloh saje yang dapat membalas segala jasa kalian. jazakumullohu khoiron kathiro. moga kita semua dipanjangkan usia untuk bersua lagi. saye doakan semoga kalian sihat & bahagia di dunia & akhirat..ameen ya Robb.

Kedai buloh besor kali berkata...

Pak Sedara yang misai tebal tu nak berangkat ke Mesir jugak ke...