PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

16 Mei 2010

Ceramah tidak mampu beri kemenangan

KUALA TERENGGANU - Ceramah semata-mata tidak mampu beri kemenangan dalam pilihan raya umum.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang mengakui ceramah adalah sebahagian usaha ke arah kemenangan yang perlu berjalan selari dengan program lain termasuk mendekatkan parti dengan rakyat.

Beliau berkata, sebagai parti pembangkang, penggunaan media massa arus perdana sangat terhad sehingga pihaknya terpaksa menggunakan ceramah sebagai medium utama penyampaian maklumat kepada rakyat.

"Dalam masa sama, ceramah secara terbuka yang dilakukan secara berterusan mampu memperlihatkan kepada rakyat bahawa PAS aktif dalam menjalankan program parti.

"Kadang-kadang ada orang yang tidak pergi ceramah kita, tetapi mereka tahu ada program ceramah yang dianjurkan PAS," katanya.

Sumber: Sinar Harian, 14 Mei 2010.

Tiada ulasan: