PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Mei 2010

Sekitar Ops Al-Falah Tok Jembal

Zakaria menziarahi Mohd Hanifah yang sakit sejak 10 tahun lalu

SEBERANG TAKIR: Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir bersama Unit Peti Undi (UPU) Tok Jembal telah berjaya menganjurkan program Ops Al-Falah bagi UPU Tok Jembal pada 20 - 22 Mei 2010 yang lalu.

Program yang bermula pada petang hari Khamis itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti turun padang oleh pemimpin PAS Kawasan Kuala Nerus dan MTD Seberang Takir.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuliah Maghrib di tiga buah surau bagi tiga malam berturut-turut. Selain itu, ceramah gempur diadakan di tiga lokasi dalam UPU Tok Jembal ini. Penceramah terdiri daripada pemimpin PAS Kawasan Kuala Nerus dan MTD Seberang Takir.

Pada pagi Jumaat pula, dua aktiviti berjalan serentak iaitu, ziarah rumah ke rumah yang dilakukan oleh Muslimat yang melibatkan lebih 100 buah rumah. Dalam masa yang sama, gotong royong diadakan di tiga lokasi iaitu mengecat Surau Taman Murni Permai, membersih Surau Ustaz Yahya dan membina wakaf di hadapan Taman Murni Permai.

Pada sebelah petang pula, diadakan ziarah ke rumah-rumah pesakit, orang kurang upaya (OKU), orang miskin dan ibu tunggal bersama sumbangan hamper barangan makanan oleh pemimpin PAS Kawasan bersama pemimpin MTD. Sebanyak 26 buah rumah berjaya dilawati.

Jawatankuasa Pemuda pula mengadakan Barbeque dan Wayang Pacak pada sebelah malamnya. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakan terutama para pemuda di sekitar kawasan ini.

Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang telah memberi ucapan ringkas dalam majlis tersebut. Kaunter pendaftaran pemilih dan ahli PAS yang diadakan dalam program itu juga mendapat sambutan.

Bermula jam 7.30 pagi Sabtu, tumpuan beralih ke program Sembang Kedai Kopi di tiga buah kedai kopi sekitar kawasan ini. Ia melibatkan beberapa orang pemimpin PAS Kawasan yang terdiri daripada M. Shukrimun Shamsudin (Timbalan Yang Dipertua), Dr Alias Razak (Naib Yang Dipertua), Mohd Sidek Abdullah dan Ghazali Che Omar (Penolong Setiausaha), Zakaria Dagang (Ketua Penerangan), Harun Salleh (Pengarah Pilihan Raya), Pauzai Husain dan Syed Ibrahim Syed Husin (Ahli Jawatankuasa).

Selepas itu, di lokasi Surau Taman Murni Permai dijalankan Ceramah dan Rawatan Perubatan Islam oleh Darus-Syifa'. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Fakhrurazi Abdullah dan Ustaz Mohd Nazil Tahir. Seramai tiga orang perawat menjayakan sesi rawatan kepada hampir 60 orang pesakit.

Pada sebelah petang hari tersebut, petugas Muslimat sekali lagi turun untuk ziarah ke rumah-rumah. Program berakhir pada malamnya dengan Mesyuarat Penilaian.

Tahniah kepada semua para petugas!

Ziarah ibu tunggal

Sembang kedai kopi

Rawatan Perubatan Islam Darus-Syifa'

Gotong royong membina wakaf

Gotong royong membersih surau

Orang ramai dalam Barbeque dan Wayang Pacak

Tiada ulasan: