PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

04 Mei 2010

Petugas sebagai jurucakap PAS

SEBERANG TAKIR - Setiap petugas PAS adalah bertindak sebagai jentera penerangan parti dan menjadi jurucakap PAS.

Mereka boleh menjalankannya melalui peranan masing-masing, sama ada di kedai kopi atau di mana-mana sahaja; tidak semestinya di pentas-pentas ceramah sahaja.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Motovasi Petugas dan Taklimat Isu Semasa di Surau Ustaz Awang, Bukit Tok Beng dekat sini kelmarin.

"Di antara perkara yang perlu disampaikan ialah menerangkan kebaikan PAS, menolak fitnah yang dihadapkan kepada kita dan menceritakan kejahatan musuh kita," tambah beliau lagi.

Mengulas tentang gerak kerja Umno, beliau berkata, "Umno ada Ketua Penerangan di setiap rumah dan kita tidak mampu untuk melawannya, tetapi kita boleh kurangkan kesan peranan mereka itu.

"Walaupun kita buat kerja yang sedikit, tetapi Allah tolong kita banyak lagi. Umno tidak ada kemampuan jentera mereka sendiri selain TV," jelas Ustaz Idris.

Beliau turut menyebut bahawa kita duduk dalam PAS ini mendapat pahala dari Allah SWT, kerana kita melaksanakan kerja Islam yang diperintah oleh Allah SWT.

Selain itu kata beliau, kita mesti meletakkan asas yang kuat bagi memastikan anak-anak dan generasi kita selamat pada masa akan datang.

"Apa yang nak jadi kepada anak-anak kita akan datang, pemimpin Umno tidak fikir perkara ini," tegas beliau.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.

Tiada ulasan: