PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

12 Mei 2010

Ziarah Balkis

Zakaria bersama isteri menyampaikan sumbangan dari Balkis kepada Wan Malih

SEBERANG TAKIR: Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (Balkis) telah mengadakan ziarah kepada balu dan keluarga Allahyarham Alias Che Pik di Kampung Duyung dekat sini semalam.

Ziarah itu diketuai oleh Pengerusinya, Zakaria Dagang bersama isteri dan Naib Pengerusi yang juga Ketua PAS Cawangan Kg Duyung, Roslan Abdullah.

Alias Che Pik, 56, yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kg Duyung telah meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu kerana diserang penyakit kanser paru-paru.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wan Malih Wan Nila @ Wan Jusoh, 50 dan lapan orang anak yang berumur 16 tahun hingga 31 tahun serta tiga orang cucu.

Zakaria yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir sempat melawat beliau pada malam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya di HSNZ.

Solat jenazah diadakan di Surau Haji Wan Ngah, Kg Duyung diimamkan oleh Zakaria dan diserta lebih 100 para jemaah. Zakaria juga turut memimpin doa selepas disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Bukit Tok Beng.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: