PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

26 Mei 2010

PR ada harapan dalam PRU-13

KUALA TERENGGANU – Pembangkang menjangkakan pengundi bukan Melayu di negeri ini mempunyai aliran yang sama dengan kawasan lain yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Zakaria Dagang berkata, pembangkang akan mendapat kedudukan lebih baik khususnya di Terengganu jika keadaan itu berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, sokongan dalam kalangan pengundi Melayu juga dilihat semakin berpihak kepada pembangkang melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Sibu, Sarawak, baru-baru ini.

“Kedua-dua kawasan itu mempunyai situasi politik berbeza, tetapi kita melihat aliran sokongan pengundi di Hulu Selangor telah bergerak ke Sibu dan ini menampakkan Terengganu ada harapan.

“Kita mampu mencapai kemenangan jika trend yang diharapkan itu terus berlaku di tempat kita (Terengganu) pada pilihan raya nanti,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, kemenangan pembangkang di Sibu dilihat belum menampakkan kesan berlakunya kebangkitan rakyat terhadap pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, Zakaria tidak menafikan sokongan pengundi kepada pembangkang memberi semangat baru kepada petugas untuk meningkatkan usaha parti.

“Kalau hendak dinilai kesannya sekarang, memang kita tidak nampak lagi tetapi apa yang nyata, ahli memperoleh kekuatan untuk menjalankan kerja-kerja parti ketika ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 26 Mei 2010

Tiada ulasan: