SEBERANG TAKIR: "Jangan ganggu tempat anak kami bermain." Begitulah luahan 200 keluarga di Taman Murni Permai, di sini, yang mengadakan bantahan aman bagi menolak sebarang pembinaan bangunan di atas padang permainan di kawasan itu, petang semalam.
Meskipun belum ada hitam putih mengenai projek yang bakal dibangunkan di situ, namun berdasarkan kerja mengukur tapak dan menumbun tanah di padang permainan itu, penduduk percaya ada projek khusus yang akan dibangunkan di lokasi tersebut.
Menurut Pengerusi Surau Taman Murni Permai, Sapian Chik, 49, menyedari perkara itu, penduduk terpaksa membuat bantahan awal bagi menghalang mana-mana projek diadakan di kawasan permainan kanak-kanak.
"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, sebuah bangunan akan diwujudkan di tapak padang permainan tersebut dan sekiranya benar-benar berlaku ia akan menjejaskan tempat anak kami bermain.
"Kami memohon pihak terbabit menimbangkan semula cadangan untuk mewujudkan bangunan di kawasan itu demi memastikan kepentingan bersama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Sapian, tidak sewajarnya tempat yang digazet sebagai taman permainan dibangunkan dengan projek lain kerana keperluan kawasan untuk bermain adalah kemudahan yang sewajarnya diberi keutamaan.
"Sekiranya pihak terbabit masih berdegil meneruskan pembangunan di kawasan ini, kami akan mengambil tindakan lebih tegas bagi memastikan kepentingan dan keperluan penduduk terbela.
"Kami tidak membantah pembangunan yang ingin dlaksanakan kerajaan, namun biarlah tempat yang dipilih bersesuaian. Saya difahamkan masih banyak tanah kerajaan kosong untuk membina bangunan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Zakaria Dagang turut menggesa pihak terbabit agar membuat penilaian lebih terperinci sebelum ingin melaksanakan sebarang pembangunan.
"Mereka perlu ambil kira pandangan masyarakat sama ada dengan mengadakan pertemuan atau sebagainya bagi memastikan projek dibuat diterima," katanya.
Sumber: Sinar Harian, 22 Jun 2010.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan