PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Jun 2010

Pengharaman judi bola sepak - Anwar benar-benar berjuang

KUALA TERENGGANU - PAS menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar memperjuangkan pengharaman pertaruhan judi bola sepak, walaupun didakwa pernah menyokong syarikat perjudian ketika berada dalam Kabinet.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Zakaria Dagang berkata, apa yang dilakukan Anwar itu dihormati dan pihaknya langsung tidak menganggap pemimpin PKR itu mempunyai kepentingan politik.

Menurutnya, apa yang dilakukan Anwar itu menunjukkan ketegasan beliau terhadap hukum judi, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak anggap perjuangan beliau berhubung pengharaman judi mempunyai tujuan tertentu atau berkepentingan politik sebagaimana didakwa, sebaliknya kita menghormati ketegasan beliau," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dakwaan berhubung Anwar menyokong judi ketika berada dalam Kabinet dianggap sebagai masa lampau beliau ketika dalam kerajaan sekiranya benar berlaku perkara sedemikian.

Tanpa rasa terkejut dengan dakwaan terbabit, beliau menganggap perkara sedemikian akan berlaku kepada segelintir pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan parti itu tidak memandang berat berhubung isu pengharaman judi.

"Mungkin itu masa lampau beliau kerana masa itu beliau di bawah kerajaan yang dasarnya memang begitu, menghalalkan judi. Atas dasar itu, mungkin beliau mengikut dasar yang ada.

"Selepas beliau keluar daripada BN, mungkin beliau sudah nampak dan kita hormati apa yang dilakukannya itu," katanya sambil mengakui tidak mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini menyebut, Datuk S Nallakarupan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, ini sebab sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat PKR itu dikenalnya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Sumber: Sinar Harian 19 Jun 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan DSAI

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.
Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.
Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.
"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.
"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.
Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.
Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.
"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

(inilah tanda yang anwar ibrahim ada hubungan dengan yahudi laknatullah)