SEBERANG TAKIR – Tindakan kerajaan negeri menambak sepanjang pantai disini, tanpa mengikut kaedah yang betul adalah satu kerja yang sia-sia.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata sudah tiga kali pantai tersebut ditambak, namun pasir yang ‘dicurahkan’ sebelum ini telah hanyut akibat hakisan.
”Ia satu kerja yang sia-sia, dengan ia tambak begitu rupa, tapi dalam masa yang sama berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, ia akan terhakis balik. Ini pun dah tiga kali dah, dan ia juga menjadi kesukaran kepada para nelayan untuk turun ke laut,” ujarnya ketika ditemui selepas melawat kawasan tambakan tersebut, semalam.
Menurutnya, tidak mustahil ada ‘tangan-tangan ghaib’ di belakang projek tersebut memandangkan kerja-kerja yang dilaksanakan ‘tidak sepadan’ dengan kos yang begitu besar.
”Dengan kos RM43 juta, tapi tidak ikut spesifikasi yang sebenar, sudah tentu ia akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk,” jelasnya.
Beliau telah mendapat maklumat bahawa lebar kawasan yang sepatutnya ditambak dengan pasir yang disedut dari laut adalah 60 meter.
Namun, beliau berkata, kawasan yang ditambak tidak seluas itu, bahkan kontraktor terlibat telah menyodok pasir pantai sedia ada ke muka pantai, untuk mengurangkan ukuran kawasan yang sepatutnya di tambak.
Selain itu, menurutnya, beliau juga diberitahu, kapal yang menyedut pasir sepatutnya berada sejauh dua kilometer dari pantai atau sekurang-kurangnya satu kilomenter.
Sebaliknya, kapal tersebut menyedut pasir dari dalam laut dengan jarak tidak sampai satu kilometer.
”Kawasan yang disedut terlalu dekat dengan pantai, akan membentuk lubang dalam laut, bila arus kuat, pasir yang ditambah akan turun kembali ke dalam lubang,” katanya.
Justeru beliau meminta pihak-pihak berkenaan supaya dapat mengambil perjalanan dan mengadakan satu siasatan secara telus supaya tidak ada penyelewengan dan pembaziran terhadap wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek tersebut.
Sumber: Buletinonline

1 ulasan:
Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan DSAI
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.
Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.
Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.
"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.
"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.
Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.
Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.
"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.
(inilah tanda yang anwar ibrahim ada hubungan dengan yahudi laknatullah)
Catat Ulasan