PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

17 Julai 2010

Bila celeng dipecah


Setelah kira-kira empat bulan tabungan dibuat melalui "Projek Samas" celeng (tabung) buluh, semalam diadakan majlis pecah celeng bagi DUN Seberang Takir.

Sembilan dari 12 Cawangan PAS hadir dalam majlis tersebut dengan membawa celeng masing-masing, di mana setiap Cawangan dibekalkan sebanyak 10 buah celeng.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Haji Mustafa Ismail, Ketua Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Kuala Nerus. Turut berucap ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Daripada sembilan Cawangan itu sebanyak RM4,634.00 telah berjaya dikumpulkan. PAS Cawangan Teluk Ketapang mengumpul tabungan terbanyak iaitu RM873.00.

Zakaria Dagang sedang berucap

Haji Mustafa Ismail sedang berucap

Wakil Cawangan membawa celeng

Perasmian pecah celeng

Anggota Cawangan sedang memecahkan celeng

Zakaria sedang memecahkan celeng

Celeng sudah dipecah dengan hasilnya

Muslimat sedang mengira wang dari celeng yang dipecah

Inilah hasilnya

Tiada ulasan: