PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 Julai 2010

PPD arah sekolah hantar wakil ke Mesyuarat Umno

Selain dari cerita empat orang ADUN Umno dalam Bahagian Setiu yang tidak hadir dalam Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiu, ada lagi cerita lain yang menarik.

Jelas bahawa Umno sudah hilang sokongan, pemimpin utama di peringkat Bahagianpun boleh boikot mesyuarat perwakilan mereka yang penting. Mereka terpaksa mengerah dan mengarahkan guru-guru sekolah untuk hadir mesyuarat itu.

Setiap sekolah diminta (wajib) menghantar lima hingga 20 orang ke mesyuarat itu.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selalu menegaskan bahawa krisis kepimpinan Umno di negeri ini sudah selesai. Tetapi insiden terbaru ini, jelas menggambarkan kepada kita bahawa perpecahan dalaman Umno semakin parah.

Tiada ulasan: