PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 Julai 2010

Kerajaan diskriminasi akhbar

KUALA TERENGGANU – PAS mendakwa kerajaan bersikap diskriminasi terhadap penerbitan akhbar pembangkang apabila Suara Keadilan tidak disambung permit dan Harakah pula berkemungkinan menerima nasib serupa.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang yang mempertikai kebebasan akhbar terhadap pembangkang percaya keadaan itu berlaku disebabkan prapilihan raya sudah hampir bermula.

Menurutnya, kerajaan dilihat cuba menutup media pembangkang bagi mengehadkan sebarang maklumat disalurkan kepada penyokong mereka.

“Kalau akhbar yang dikuasai mereka, sekalipun tulisan tersebut berunsur fitnah, mungkin tidak berlaku perkara sedemikian tetapi kalau perkara tidak kena dilakukan akhbar pembangkang, mereka cepat bertindak,” katanya, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya tidak kisah jika akhbar berkenaan benar-benar tidak menepati syarat atau akta penerbitan, namun meminta pihak kerajaan bersikap bertimbang rasa memandangkan akhbar pembangkang diberi ruang yang cukup terhad di negara ini.

Sumber: Sinar Harian

1 ulasan:

abu muaz berkata...

Pengurusan Harakah bagus kata Hisyamudin.