PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

27 Julai 2010

Persiapan Ramadhan bermula Rejab

SEBERANG TAKIR: Persiapan bagi menghadapi bulan Ramadhan sepatutnya sudah bermula sejak masuknya bulan Rejab.

"Apabila bermulanya bulan Rejab, kita sepatutnya mula hidupkan injin dan masuk gear satu. Ketika bulan Sya'aban, kita tukar ke gear dua dan pertengahan Sya'aban (Nisfu Sya'aban) beralih kepada gear tiga. Pada awal Ramadhan kita sudah masuk gear empat dan seterusnya."

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas sempena Nisfu Sya'aban di Surau Al-Mawaddah, Teluk Ketapang dekat sini malam tadi.

Tambah Wan Sukairi, masalah yang ada pada kebanyakan orang kita ialah baru hidupkan injin apabila masuk bulan Ramadhann dan masuk gear, kemudian selepas dua puluh hari terus free gear.

Beliau berharap kesan Ramadhan akan terus membekas dalam jiwa umat Islam untuk terus menghayatinya selepas daripada itu.

"Apabila kita berjaya meneruskan penghayatan amalan sebagaimana bulan Ramadhan dalam bulan-bulan seterusnya, itu bererti kejayaan tarbiyah malaikat kepada kita. Tetapi sekiranya amalan-amalan buruk sebelum Ramadhan terus kita amalkan dalam bulan Ramadhan walaupun syaitan dibelenggu, itu bererti kejayaan syaitan mentarbiyah manusia," ujar Wan Sukairi.

Mengenai Nisfu Sya'aban yang didakwa sebagai malam pertukaran buku baru untuk tempoh setahun, beliau menegaskan bahawa malaikat yang menjaga amalan manusia bersilih ganti dua kali setiap hari iaitu pada waktu Subuh dan Asar untuk mempersembahkan amalan manusia kepada Allah.

Tiada ulasan: