PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

26 Julai 2010

KUSZA makin 'ganas' lepas tukar nama

Nama asalnya Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan sebuah universiti di Terengganu, ia tiba-tiba bertukar menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Apabila nama UDM itu banyak menimbulkan masalah terutama dalam hubungan dengan istana, maka ia bertukar lagi menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

KUSZA asalnya terkenal sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negara ini yang telah banyak melahirkan graduannya di serata tempat di seluruh negara. Para pelajarnya mempunyai identiti tersendiri dengan penampilan Islam yang jelas, sama ada dari segi berpakaian mahupun akhlak. Disiplin berkait dengan sakhsiyyah sangat ketat dan ditekankan.

Tetapi apabila namanya ditukar kepada UDM dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, semua identiti murni itu lenyap bersama lenyapnya nama KUSZA yang begitu harum itu. Suasana itu berterusan walaupun kini ia ditukar nama lagi dengan UniSZA.

'Islam' seolah-olah tidak kelihatan lagi di situ. Penampilan pelajarnya sama dengan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi lain dengan pelbagai ragam dan fesyen termasuk yang panas-panas. Akhlak pelajarnya juga menjadi semakin teruk.

Contoh terbaru, apabila pihak UniSZA mengadakan Pesta Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen dan Pemasyhuran Canselornya pada 25 hingga 27 Julai 2010. Acara-acara yang diatur dalam pesta itu cukup hebat dengan pelbagai aneka hiburan yang boleh kita saksikan sendiri daripada poster di atas.

Kalau inilah rupanya pusat pengajian kita, apakah boleh kita harapkan lahir daripadanya manusia yang tunduk patuh kepada Allah? Fikirkanlah...

Tiada ulasan: