Puan Haslinda Abdullah, 29, berlinangan air mata tanda terharu dengan keprihatinan pihak PAS yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menyambut hari raya tidak lama lagi.
KUALA NERUS: Sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir belum pernah dimenangi PAS dalam mana-mana pilihan raya, tetapi PAS terus menabur baktinya.
Ini terbukti apabila saban tahun Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir sentiasa cakna terhadap golongan miskin serta yang kurang bernasib baik.
Pengarahnya, Ustaz Zakaria Dagang berkata, program ziarah serta menyampaikan sumbangan fakir miskin sentiasa diadakan di Dun berkenaan.
"Program ziarah dan memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin ini kita (PAS) buat setiap tahun dan mengikut keperluan semasa.
"Kita bukan hanya buat (ziarah) setahun sekali, tetapi sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat miskin yang tidak mendapat pembelaan (bantuan kerajaan)," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan ziarah sempena bulan Ramadhan di Kampung Teluk Ketapang dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya, untuk hari ini sahaha, sebanyak 21 buah rumah keluarga miskin dalam Dun Seberang Takir masing-masing menerima hamper serta sumbangan duit raya.
Katanya, sumbangan diberikan kepada keluarga fakir miskin, ibu tunggal serta anak yatim yang tidak dipedulikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kali ini (raya) kita menyediakan sedikit sumbangan untuk sambut hari raya Aidilfitri mengikut kadar kemampuan parti.
"Golongan (fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim) ini sebenarnya layak (terima), tetapi diabaikan dan tidak dipedulikan oleh kerajaan BN Terengganu," tegasnya.
Zakaria mendakwa kadangkala golongan yang tercicir sebagai penerima bantuan adalah mangsa politik dendam Umno/BN.
Menurutnya, kerajaan Umno/BN tidak profesional sebagai pemerintah negeri kerana masih mengamalkan sifat "keanak-anakan" serta pilih kasih di kalangan rakyat di negeri ini.
Beliau turut ditemani oleh isterinya selaku Ketua Muslimat PAS Cawangan Teluk Ketapang, Maryani Isnail serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangannya, Hassan Abdullah.
Sumber: Harakah 27 - 29 Ogos 2010.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan